Acah-Acah Happy?? Ini Jawapan Idzham Ismail…

Pelakon Juvana, Idzham Ismail juga nampaknya tidak terkecuali daripada menjadi sasaran segelintir dari warganet yang merasakan perkongsian positif dan foto-foto saat gembira dengan isteri dikira seperti ‘dibuat-buat’ atau ‘acah-acah happy’. 

Pernah menerima mesej peribadi dari individu-individu yang menggunakan akaun palsu untuk ‘menghentam’nya kerana menurut mereka, pelakon itu sengaja menayangkan kebahagiaannya bersama isteri walaupun sebenarnya hanya berpura-pura.

“Saya nak post di sini sebagai satu inspirasi kepada yang lain….Berbalik kepada niat kita untuk kita guna medium media sosial ni untuk apa.

“Siapa cakap saya tak pernah gaduh dengan isteri? Siap karate lawan MMA lagi tau. Tapi saya pilih untuk post setiap momen gembira untuk saya tatap, dan merindui momen bersama isteri yang gembira disaat saya ada rasa marah. Membantu saya untuk lebih salahkan dan perbetulkan diri jika ada ketidakfahaman,”tulisnya dalam entri instagramnya baru-baru ini.

 

Memilih untuk sentiasa bersikap positif dan memilih untuk berkongsi yang baik-baik sahaja, bapa kepada Nur Sofea Inara ini turut meluahkan rasa terima kasih kepada peminat-peminatnya yang kebanyakannya suka, menyokong dan menerima secara positif apa yang dikongsi olehnya.

Malahan, dia juga suka apabila membaca perkongsian orang lain tentang kebahagiaan rumahtangga mereka. 

“Ada orang suka share kebahagiaan dan tips rumahtangga walaupun baru setahun dua kahwin, ada juga yang menentang dan memerli.

“Teruskan share, saya sendiri terinspirasi dan semangat saya naik semula jika saya baca tentang kebahagiaan orang yang baru kahwin, sebab saya sendiri baru 3 tahun mendirikan rumahtangga.

“InshaAllah kepada yang suka share pengalaman, teruskan, tak salah sebarkan yang baik-baik dari menyebarkan fitnah dan kebencian.  Anda tak poyo, anda mulia kerana sudi luang masa untuk kebaikan yang membaca.”tulisnya lagi.

 

Mungkin ada warganet yang bosan dengan cara perkongsian Idzham tapi daripada membuat akaun palsu dan menyakiti hati orang, baik ‘unfollow’ je ye dak? Kita perlu hormat cara orang sama ada cara dia tunjuk kasih sayang pada isteri yang halal buatnya, atau cara mendidik anak atau apa saja. Kadang-kadang kita lupa yang artis ni manusia juga, bukan milik kita untuk hukum sesuka hati. 

Pada 27 Ogos yang lalu, Idzham dan isterinya, Siti Nur Abillah Binti Shamsuddin telah menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-3.

Del14