Salam Takziah…Seorang Lagi Abang Aznil Nawawi Meninggal Dunia

Selepas pemergian arwah abangnya, Azmir Nawawi, pengacara terkenal Datuk Aznil Nawawi berdepan dengan ujian apabila kehilangan seorang lagi ahli keluarga.

Individu yang dimaksudkan adalah abangnya, Azharnim Nawawi yang menghembuskan nafas terakhir malam tadi (Selasa).

Memetik laporan sebuah portal hiburan, Allahyarham meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur selepas bertarung dengan penyakit kanser. 

Menurut Aznil, Azharnim dimasukkan ke hospital berkenaan sejak beberapa hari lalu sebelum tenat pada Isnin.
 

Semoga Pak Nil dan keluarga terus kuat menghadapi Ujian dari Allah SWT dan kami di Xtra mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah.

Al-Fatihah…

SGMS Faida