“Jika Lelaki Nikahi Anakmu Berkelakuan Persismu, Ikhlas Kamu Serahkan?” – Datin Red Titip Nasihat Buat Para Suami, Minta Bertaubat & Mohon Maaf Pada Isteri

Isteri pertama Datuk Red iaitu Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim memuat naik sebuah kata-kata nasihat untuk para suami mencuri perhatian.

Menerusi perkongsiannya itu, mesra disapa Datin Red dia meninggalkan nasihat buat para suami yang memiliki anak perempuan.

Katanya, jika suami itu tidak mahu anak perempuannya diperlakukan buruk oleh lelaki lain sepertimana mereka melakukannya.

Maka, si suami perlu meminta maaf kepada isteri mereka dan bertaubat daripada membuat perkara yang tidak sepatutnya.

“Jika kelak engkau para suami memiliki anak perempuan, lalu ada laki-laki yang akan menikahinya dan dia berkelakuan sama persis dengan dirimu.

“Apakah kamu Ikhlas menyerahkan anak perempuanmu kepada laki-laki tersebut? Jika jawapanmu ‘TIDAK’ maka minta maaflah kepada isterimu dan bertaubatlah,” kongsinya di InstaStory.

Terdahulu, Datin Red telah memfailkan cerai daripada Datuk Red pada hujung Januari lalu dan telah hadir ke mahkamah bagi sebutan kedua.

Namun begitu, Datuk Red berpendirian tegas untuk tidak menceraikan isteri pertamanya itu.

Bukan itu sahaja, madunya, penyanyi Adira Suhaimi turut menuntut cerai daripada suami atas alasan sudah tidak ada persefahaman.

Artikel Berkaitan: “Saya Nekad Untuk Berpisah” – Datin Red Nafi Fail Cerai Sebab Suami Ada Masalah Kewangan

Artikel Berkaitan: “Ini Bukan Keputusan Saya” – Hadir Mahkamah Bagi Sebutan Kedua, Datin Red Anggap Cerai Jalan Terbaik

Artikel Berkaitan: Muat Naik Foto Di Mahkamah, Hantaran Datin Red Cetus Tanda Tanya – “Ya Allah, Bolehkah Aku Minta Bahagian Kebahagiaanku”

Artikel Berkaitan: Adira Suhaimi & Madu Fail Cerai Serentak, Datuk Red Bertegas Pertahankan Kedua-Dua Rumah Tangga – “Kebetulan, Bukan Sepakat”

Artikel Berkaitan: “Jenguk Sekejap Je Tu, Macam Dulu Dia Jenguk Anak Kami” – Bekas Isteri Dedah Sikap Datuk Red?

Atiqah Johari