Categories: SelebritiTrending

Peluk Islam Pada Usia 4 Tahun, Ramai Tak Sangka Amin Idris Rupanya Mualaf – “Masya-Allah Hidayah Milik Allah”

Penceramah motivasi dan pengacara, Amin Idris mendedahkan bahawa dia dilahirkan sebagai penganut agama Kristian namun memeluk Islam pada usia empat tahun.

Amin berkongsi perkara tersebut ketika ditemu bual oleh penyampai radio Molek FM dan berkongsi perjalanan hidupnya sebagai seorang mualaf.

“Saya masuk Islam masa umur 4 tahun. Mak pula tiada ilmu agama yang kuat, jadi cara dia didik anak tu pun, dia tak tahu nak ajar macam mana. Jadi, saya betul-betul ikut kawan,” ujarnya.

Namun begitu, dia menzahirkan rasa syukur apabila ibunya meminta untuk masuk ke sekolah agama bagi mempelajari Islam.

“Saya kena ucapkan terima kasih kepada mak saya juga, selepas Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), saya dapat tawaran dekat asrama penuh.

“Memang saya nak masuk sebab asrama penuh ni dikira kebebasan tapi mak saya tak bagi dia suruh saya masuk sekolah agama. Dia suruh saya masuk ke SMKA Falahiah di Kelantan,” jelasnya.

Berkongsi pengalaman, Amin mendedahkan bahawa dia pernah diketawakan oleh orang ramai ketika solat dan tidak tahu cara untuk berwuduk.

“Semasa minggu orientasi, saya terkebil-kebil sebab tak reti ambil wuduk. Saya terpaksa tunggu orang sebelah untuk tiru dia ambil wuduk.

“Saya pernah diketawakan oleh orang ramai di masjid sebab saya solat Zohor lapan rakat dengan hanya satu salam. Dulu betul-betul tak reti,” kongsinya lagi.

Dalam pada itu, Amin turut meluahkan rasa syukur apabila mempunyai peluang untuk mengenal ilmu agama ketika di sekolah dan di universiti.

“Memang jahil tapi berkat usrah, pergi sekolah agama dan belajar asas agama jadi Alhamdulillah hari ini sedikit sebanyak ada lah pengetahuan. Masuk pula ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA), sempat juga berguru dan mengaji hadis,” katanya.

Menjengah di ruangan komen, ramai warganet tidak menyangka bahawa Amin adalah seorang mualaf.

 

 

Artikel Berkaitan: “Malaysia Senang Nak Jadi ‘Famous’… Lagu Raya Nyanyi Sumbang, Hina SPM, Jadi Bapak Ayam” – Amin Idris

 

Atiqah Johari