Categories: SelebritiTrending

“Ku Dihukum Dimasuk Neraka Oleh Manusia” – Seakan Luah Rasa Hati, Aliff Aziz Kongsi Lirik Lagu ‘Deep’ Di IG

Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz memuat naik lirik lagu berjudul ‘Aku Maafkan Kamu’ nyanyian Malique bersama Dato Jamal Abdillah mendapat perhatian warganet.

Menerusi hantarannya di InstaStory, Aliff berkongsi beberapa rangkap lirik lagu yang mempunyai makna yang mendalam seakan meluahkan isi hatinya.

“Timbul tenggelam, timbul tenggelam. Acapkali terpendam acapkali tersergam. Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam.

“Ini bukan lagu rindu ini madah dendam. Ku ditimbang tanpa neraca di awal usia. Ku dihukum di masuk neraka oleh manusia. Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu. Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu.

“Maafkan mereka mereka tidak tahu. Mereka tidak ramas buku mereka segan ilmu. Mereka tidak fasih malah fasik guna kata. Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa.

“Maafkan mereka mereka tiada nilai. Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai. Tanpa kasih sayang mereka suka menyakiti. Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati,” tulisnya.

Terdahulu, nama Aliff sekali lagi mencetus kontroversi apabila didakwa ditangkap khalwat bersama pelakon Ruhainies namun tampil menafikannya.

Artikel berkaitan: Ditangkap Khalwat, Aliff Aziz Buka Mulut – “Bukan Ingin Menegakkan Benang Yang Basah…”

Malah, selepas kontroversi tersebut isterinya penyanyi dan pelakon Bella Astillah memfailkan cerai secara ekspres daripadanya.

Artikel Berkaitan: “Ini Mungkin Yang Terbaik” – Bella Astillah Fail Cerai Secara Ekspres Terhadap Aliff Aziz

Artikel Berkaitan: “Dia Setuju Untuk Cerai” – Aliff Aziz Tak Hadir Ke Mahkamah, Bella Astillah Mahu Proses Berjalan Lancar

Artikel Berkaitan: “Mungkin Perceraian Sebagai Hadiah Ulang Tahun Saya” – Enggan Berdendam, Bella Astillah Maafkan Ruhainies

Atiqah Johari