Categories: SelebritiTrending

Dituduh Masuk Kelab Malam, Izara Aishah Tampil Buka Mulut – “Was 8 Months Pregnant, This Is Pure Fitnah”

Pelakon dan usahawan jelita, Izara Aishah didakwa masuk ke kelab malam oleh individu di aplikasi X.

Dakwaan tersebut timbul apabila ada warganet yang memuji Izara sanggup meninggalkan dunia popular dan kagum dengan penghijrahannya.

“Nampak Izara Aishah dalam video ni. Cantiknya beliau, macam bidadari syurga ya. Lihatlah dunia bila hidayah datang.

“Dia boleh tinggalkan terus dunia popular dia dan fokus pada agama. Mencintai agama lebih dari dunia,” tulis warganet.

Namun, dua individu lelaki mendakwa pelakon tersebut masuk ke kelab malam pada tahun lepas.

Tidak berdiam diri, Izara tampil menafikan tuduhan tersebut dan memaklumkan bahawa pada ketika itu dia sedang hamil anak kedua.

“I needed to clarify this cus this fitnah may tarnish my reputation.

“This was last year. Pregnant 8 months. Ni fitnah. Good luck,” balasnya.

Malah, selepas Izara bersuara, salah seorang individu yang menfitnahnya itu tampil memohon maaf kepadanya.

Artikel Berkaitan: Kini Aktif Dalam Dunia Perniagaan, Izara Aishah Nafi Lupakan Karier Lakonan – “Hanya Drama Yang ‘Proper’ Saja Saya Akan Buat”

Artikel Berkaitan: Tegas Dengan Prinsip Penghijrahan, Izara Aishah Akui Letak Syarat Sebelum Terima Tawaran Lakonan

Artikel Berkaitan: “Bukan Masalah Mental Kalau Tengah Khayal Dadah” – Status Izara Aishah Raih Perhatian

Artikel Berkaitan: Izara Aishah Kongsi Tips Istiqamah Kepada Peminat – “Tak Kuat Pun Pakai Je, Memang Iman Tu Naik Turun”

Atiqah Johari