Categories: SelebritiTrending

Kongsi Foto Dalam Masjid, Kapsyen Fathia Latiff Curi Perhatian Netizen – “Saya Rasa Ini Ramadan Terakhir Saya”

Pelakon Fathia Latiff memuat naik beberapa hantaran yang memaparkan dirinya berada di dalam sebuah masjid mendapat perhatian ramai warganet.

Menerusi hantarannya itu, dia menyatakan Ramadan tahun ini mungkin menjadi Ramadan terakhirnya.

Malah, dia juga ramai yang hanya mampu menganggap apa yang dirinya alami namun tidak mengetahui apa yang sebenarnya terjadi kepadanya.

“I think this is my last year of Ramadan.

“They might ‘assume’ what I’m facing, but they never know what exactly it is,” tulisnya sebagai kapsyen pada dua hantaran berbeza.

Sebelum ini, Fathia memaklumkan bahawa dia bakal ke Gaza pada tahun ini dan meminta orang ramai mendoakannya supaya syahid.

Artikel Berkaitan: Fathia Latiff Umum Akan Ke Gaza Tahun Depan? – “Pray For My Syahid”

Terbaharu, pelakon drama Arianna Rose ini juga mencetuskan kontroversi apabila memberi amaran kepada warganet dia boleh bertindak keluar agama Islam atas sebab perlakuan warganet terhadapnya.

Artikel Berkaitan: “Jangan Sampai Aku Keluar Agama” – Fathia Latiff Beri Amaran Kepada Netizen

Atiqah Johari