#SeoulSaranghae : Jimin BTS Positif COVID-19, Jalani Pembedahan Apendiks, Peminat Titip Doa Siap Buat Hashtag #GetWellSoonJimin

Pastinya berita mengenai kesihatan anggota kumpulan Kpop terkenal, BTS, Jimin yang disahkan menghidap positif COVID-19  dan baru sahaja selesai menjalani pembedahan apendiks, ternyata mencuri perhatian peminatnya diseluruh dunia.

Malah, ada segelintir peminat ahli kumpulan ini yang tampil dengan hashtag #GetWellSoonJimin semata-mata mahu mendapatkan info terkini mengenai keadaan penyanyi kesayangan ramai itu yang juga digelar sebagai ‘Baby Mochi’.

Menurut agensinya, Jimin sebelum ini mengalami kesakitan dibahagian perutnya termasuklah mengalami sakit tekak sebelum dikejarkan ke hospital bagi menjalani ujian  polymerase chain reaction  atau PCR dan mendapatkan rawatan susulan sakit yang dihidapinya.

Bagaimanapun, Jimin dilihat memuat naik status terkini keadaan beliau yang semakin pulih menerusi ciapannya di Twitter pada Rabu.

Salma Syahbuddin