Vaksin Untuk Kanak-Kanak Bukan Untuk ‘Uji Kaji’- Pakar

Selepas Program vaksinasi kepada kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun dilaksanakan bagi membendung penularan COVID-19 yang semakin meningkat, Pakar Perubatan Keluarga dan Naib Presiden Medical Mythbusters Malaysia (M3), Dr Megat Mohamad Amirul Amzar Megat Hashim memaklumkan, ia bukanlah satu bentuk uji kaji.

Ini kerana, ujian dan kaji selidik telah dijalankan sebelum ia diluluskan dan dilaksanakan.

“Ini bukan untuk uji kaji untuk anak-anak kita, vaksin yang akan diberikan telah lepas fasa ketiga.
“Kalau ibu bapa memutuskan tidak mahu memberi vaksin, itu yang sebenarnya ‘uji kaji’.
“Mereka cuba nak eksperimen sama ada selamat atau tidak jika anak-anak tidak diberi vaksin. Pada saya, ini ibu bapa yang tidak bertanggungjawab,” katanya.
Justeru itu, beliau menasihatkan ibu bapa yang ragu-ragu terhadap program vaksin untuk kanak-kanak supaya kembali kepada asas bahawa sains itu dinamik.
Dan, ibu bapa juga perlu faham bahawa sains sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan semasa dan anak sentiasa ada ilmu baharu.
Sumber : Awani
Salma Syahbuddin