JLo Berbulu Bila Di Serang….

Pada malam Sabtu yang lepas, bintang Hollywood, Jennifer Lopez atau dikenali sebagai JLo telah diserang secara lisan di Festival Filem Antarabangsa Toronto semasa mempromosikan filem terbarunya “Hustlers”. Satu kumpulan yang menegakkan hak asasi haiwan telah memprotes JLo kerana gemar memakai pakaian yang diperbuat dari bulu-bulu haiwan  sambil mengatakan pelakon itu sebenarnya bencikan haiwan.

JLo cuba untuk tidak mengendahkan mereka tetapi suara mereka yang lantang, sukar untuknya membuat dek.  Organisasi-organisasi pencinta haiwan ini bertindak agresif sejak beberapa tahun yang lalu kerana menurut mereka binatang-binatang ini telah dibunuh dan diseksa hidup-hidup apabila bulu mereka diambil untuk dijadikan kot dan sebagainya.

 

Sememangnya JLo selalu dilihat mengenakan kot berbulu dari pelbagai variasi, bentuk dan warna di luar dan di dalam filem, dan di dalam filem terbarunya ini kelihatan jelas dia mengenakan pakaian berbulu walaupun tidak diketahui sama ada bulu haiwan tersebut asli ataupun palsu. 

Antara fesyen2 pakaian berbulu yang pernah digayakan JLo. – Foto dari TMZ

 

Ini bukan pertama kali Jeniffer Lopez dicemuh mengenai isu ini dan mungkin dia sudah pun lali dengan gelagat-gelagat aktivis pencinta haiwan yang menyerangnya semasa majlis gala sedang berlangsung.  Artis serba boleh ini tidak menampakkan bahawa dia terkesan dengan apa-apa yang dilemparkan kepadanya kerana dia tetap gemar memakai pakaian atau bag dari haiwan-haiwan eksotik.

Del14