‘ Jodoh Itu Rahsia Allah’- Azhan Rani Tak Tertekan Belum Bertemu Calon Sesuai

Pelakon Azhan Rani menyerahkan soal jodoh di tangan Allah dan sekiranya tidak bertemu jodoh di dunia, dia tetap reda.

Kata jejaka berusia 43 tahun ini, seperti individu lain dia juga pernah merancang untuk hidup bahagia.

” Soal jodoh rahsia Allah. Perancangan manusia takkan dapat mengatasi aturan Allah. Pada usia melewati 40-an ini sebenarnya Allah sudah memberi kesedaran kenapa masih tidak memiliki isteri dan anak lagi.

” Semuanya bersebab dan yang penting perkara ini (perkahwinan) tidak lagi menjadi tekanan kepada saya kerana sudah reda,” katanya kepada Harian Metro.

Pelakon yang popular dengan watak antagonis Syed Hamadi ini berkata, setiap manusia itu sudah ditetapkan Allah perjalanan hidup sendiri dan masing-masing sudah ada bahagiannya.

Azhan berkata, dia melihat ada tugas dan tanggungjawab lebih besar buat dirinya daripada terus memikirkan soal jodoh dan perkahwinan.

” Namun, seandainya saya masih ditakdirkan dapat bertemu jodoh juga, hanya rasa bersyukur mampu diucapkan.

” Bagaimanapun, jika di dunia ini saya tidak bertemu jodoh hingga ke akhir hayat, saya tetap yakin Allah pasti menjanjikan yang lebih baik di sana (akhirat) nanti. Saya reda,” katanya.- Harian Metro.

Artikel berkaitan: https://www.xtra.com.my/ms/category/celeb-buzz/posts/amyra-rosli-dan-azhan-rani-dimaki-bertubi-tubi

SGMS Faida