Categories: HiburanSelebriti

Jodoh Tak Salah Alamat ‘buah tangan’ terbaru Akim

Dah lama rasanya tak tengok Akim Ahmad berlakon kan? Kali terakhir kita lihat bekas finalis Akademi Fantasia 7 ini beraksi dalam drama Kampung Girl tiga tahun lepas. Wah, lama tu!

Untuk para peminat Akim, penantian korang bakal berakhir tak lama lagi. Telefilem terbaru arahan Raja Mukhriz bertajuk Jodoh Tak Salah Alamat adalah ‘buah tangan’ terbaru Akim yang akan mula bersiaran awal tahun 2018 nanti.

Menurut suami kepada penyanyi Stacy, dia menerima tawaran ini kerana plot naskhah itu dekat dengan jiwa.

“Jalan cerita telefilem ini dekat dengan jiwa saya. Tak sukar untuk membawakan watak ini,” kata Akim.

Jodoh Tak Salah Alamat menceritakan tentang kehidupan seorang komposer yang pernah ditinggalkan kekasih lalu didesak ibu yang mahu melihat anak lelakinya berkahwin.

Tambah Akim, rakan seperjuangannya dalam The Majistret turut membintangi telefilem ini. Selain Akim, telefilem itu turut menampilkan Adam Shah, Raysa Rizrose.

SGMS Enal