Joe Letak Syarat Untuk Jadi Vokalis Prime Domestic

Pemain gitar lagenda, Joe sedang mencari bekas pengganti vokalis Prime Domestic namun meletakkan satu syarat.

Menurut Joe, dia mahukan individu yang mampu bergerak sebagai artis berkumpulan.

“ Namun begitu, saya tidak bermaksud pemilihan Aweera sebelum ini tidak menepati piawaian kerana dia memiliki keistimewaan sendiri.

“ Saya belum menemui calon sesuai buat masa ini. Selain itu, saya mahukan calon yang berdisiplin dan tidak cepat panik. 

” Cuma, kali ini saya mencari penyanyi yang faham fungsi sebagai artis berkumpulan,” katanya.

Joe ditemui di sidang media showcase solonya, The Best Of Joe Exclusive Show di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur, semalam.

Joe bakal menghiburkan peminat di sana pada 9 Disember ini. Dalam persembahan itu nanti, Joe turut menampilkan bekas vokalis kumpulan Electric 5, Zul sebagai penyanyi.

SGMS Faida