Flight delay (penerbangan yang tergendala) memang annoying tapi sebagai penumpang, malangnya kita tak boleh nak buat apa-apa. Terpaksalah tunggu.
Walaupun anda selalunya akan pastikan beg carry-on anda (beg yang dibawa naik ke kabin pesawat) adalah seringan yang mungkin, ada beberapa item yang anda patut ada dalam tangan.
Ini boleh membantu sekiranya berlakunya delay, penerbangan anda dibatalkan ataupun sekiranya beg luggage anda hilang.
10 barang di bawah ini adalah benda-benda penting yang anda mungkin patut bawa.
Jika delay anda panjang, anda pasti tak nak phone anda mati lebih-lebih lagi jika anda tidak mempunyai buku atau laptop untuk menghabiskan masa. Simpan kesemua charger anda di dalam beg carry-on.
Mestilah anda perlukan headphone untuk mendengar muzik atau menonton filem dan rancangan TV tanpa mengacau orang lain di sekeliling anda.
Tapi headphone jenis noise-cancelling (yang tak membenarkan sebarang bunyi luar untuk masuk ke telinga anda) membolehkan anda tidur dengan nyaman walaupun seorang kanak-kanak tengah merengek berdekatan dengan anda.
Tapi kalau tak ada yang noise-cancelling, earphone biasa pun jadilah.
Aircond di terminal selalunya dipasang dengan kuat, jadi jika anda berbaju nipis, gerenti anda akan kesejukan.
Jika anda tak nak memberatkan beg, anda boleh bawa skarf. Item ini bagus untuk wanita kerana ia juga boleh digunakan sebagai aksesori fesyen, sebagai selimut dan juga sebagai bantal di dalam pesawat nanti.
Tiada apa yang boleh menyegarkan anda lebih daripada berus gigi. Jika anda stuck dekat airport semalaman, berus dan ubat gigi boleh menjadikan anda seperti orang yang baru.
Secara umumnya, anda patut bawa peralatan mandian untuk sehari atau dua, just in case, dari deodoran ke tisu makeup remover.
Jika anda memakai contact lens, jangan lupa untuk bawa cermin mata spare. Ini adalah kerana memakai contact lens semalaman boleh menjejaskan kesihatan mata anda. Maklumlah, mata anda perlu berehat juga.
Sebenarnya, anda boleh berada di airport cukup lama sampai anda kena tukar contact lens lain. Jadi bawakan juga alat-alat penukarannya.
Jika anda perlu makan sebarang ubat selalu atau pada waktu-waktu tertentu, pastikan anda bawa sekali dengan anda.
Seelok-eloknya anda patut ada ubat-ubat basic seperti painkiller, ubat alergi dan plaster.
Selain ubat dan berus gigi, pencuci muka boleh berikan kesegaran pada muka. Yalah, bila dah habiskan masa berjam-jam di airport, muka anda mesti berminyak atau kusam. Dengan pencuci muka, gerenti anda akan rasa lebih gembira.
Tak kiralah selama mana delay anda, anda pasti akan kehausan. Daripada membeli air mineral yang besar kemungkinan mahal di airport, baik anda bawa botol yang boleh diguna semula.
Seperti mana yang semua orang tahu, makanan yang dijual di lapangan terbang memang mahal. Untuk tidak menjadi mangsa, baik anda bawa sendiri snek dari rumah.
Jika anda tersangkut di airport untuk jangka masa yang panjang, anda pasti boleh bertahan jika anda menukar pakaian dalam anda. Jika anda boleh tukar pakaian lengkap, lagi bagus!
Delay atau layover (di mana anda perlu transfer ke kapal terbang lain yang akan membawa anda ke destinasi) selalunya membuatkan anda rasa penat, panas dan berpeluh. Jika beg anda tak muat untuk meletakkan outfit penuh, sekurang-kurangnya bawa seluar dalam baru. Anda takkan menyesal.
Sumber: Insider
Syoknya dah halal! Selamat Pengantin Baru, Afifah & Husband!
Sedih pula dengar luahan hati Aliff Aziz untuk Bella...
Kita hormat keputusan Syasya okay.. Apa apun, Dolla sentiasa di hati!
Wah, MK jadi jahat!
Ada lagi yang Aliff ak puas hati kot tu..