‘Rasa Vokal I Dah Tahap Tinggi Tapi Kenapa Tak Suka?’, Aliff Syukri Terkilan Dapat Banyak Dislike

Usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Aliff Syukri terkilan apabila video klip single terbarunya, Biar Apa Orang Kata mendapat jumlah dislike yang tinggi di Youtube.

Aliff yang sebelum ini pernah tampil dengan single Bobo Di Mana memaklumkan vokalnya di tahap memuaskan namun masih tidak dapat memikat selera pendengar.

“ Pelik ramai yang dislike? Nak kata suara I tak sedap, saya rasa vokal I dah tahap tinggi. Trending nombor satu in Malaysia.

“ Siapa dah tengok #biarapaorgkata di Youtube saya buat lagu ni khusus untuk mereka yang rasa rendah diri sebab semua orang itu elok tak kira hitam, pendek,gemuk atau putih?,” tulisnya di Instagram.

Aliff juga meminta pendengar terus menyokong single terbarunya ini di laman Youtube dan platfom digital media tersedia.  

Muzik video Biar Apa Orang kata merupakan ciptaan komposer Edry Abdul Halim menerima lebih 600,000 kali dan 31,000 tanda dislike. Korang dah tengok ke belum?

SGMS Faida