Tahniah! Ini Senarai Lagu Yang Mara Ke Pentas AJL 33

Selesai sudah pencarian finalis Anugerah Juara Lagu 33 yang bakal berlangsung pada awal tahun depan, nanti. 

Kami senaraikan 12 penyanyi bakal berentap di pentas berprestij itu nanti.

1) Haram ( Hael Husaini / Dayang Nurfaizah)

2) Sampai Bila (Misha Omar/ Sharon Paul, Fedtri Yahya dan Shah Shamshiri)

3) Semakin (Siti Sarah / Mera Utama)

4) Bunga (Ara Johari / Hang Nadim / Laq / Kadok)

5) Luluh (Khai Bahar) 

6) Di Matamu (Sufian Suhaimi / Sirkhan & Rinkarnaen).

7) Kau Pun Sama (Syamel / Kidd Santhe / Syamel)

8) Jatuh Bangun (Haqiem Rusli ft Aman Ra / Haqiem Rusli / Omar K / Ikhwan Fattana / Aman Ra)

9) Tak Pernah Hilang (Amylea dan Kaer / Farouk Roman / Amylea) 

10) Bunga (Altimet / Omar K / John Jeevasingam / Altimet).

11) Hajat ( Hael Husaini / Ezra Kong) 

12) Nisan Cinta (Siti Nordiana / Jaclyn Victor / Hael Husaini/ Mike Chan)

Sebanyak 11 buah lagu dipersembahkan pada minggu pertama dan kedua manakala lapan lagu pada minggu ketiga.

12 finalis yang mara dinilai dah dipilih oleh barisan juri Ajai, Helen Yap, Edrie Hashim, Azmeer, Cat Farish dan diketuai Dato’ Mokhzani.

Persembahan penutup Mashup lagu Sampai Mati dan Takdir dan Waktu oleh Hazama & The Penglipur Lara & Rahmad Mega.

Acara sebentar tadi dihoskan oleh Haziq Hussni dan Sherry Al Hadad. Memang meriah studio Sri Pentas 2 dengan jenaka dua hos berpengalaman ini.

Produksi separuh akhir Muzik Muzik 33 diketuai oleh Nurhul Huda Hj Khalid sebagai Penerbit Eksekutif dan Hamsiah Biri sebagai Penerbit.

Apapun, 12 lagu yang bakal bertanding nanti sememangnya cukup layak. Nantikan persembahan mereka di AJL 33 pada Januari depan ya!

SGMS Faida