Johan As’ari Terkilan Nama Digugurkan Untuk Ke Tayangan Mat Kilau Di Jakarta – “Saya Anggap Kelakar Dan Tidak Profesional

Belum selesai salah faham antara pelakon Datuk Adi Putra dan penerbit Studio Kembara, kini Johan As’ari pula luahkan rasa terkilan selepas namanya digugurkan dari menghadiri Malam Gala Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan di Jakarta, pada 26 Ogos ini.

Menurut Johan, perkara tersebut telah dimaklumkan oleh pengurusnya dan kurang senang dengan perkataan digugurkan yang digunakan oleh pihak penerbit itu.

“Saya tertanya-tanya kenapa dia gunakan perkataan digugurkan. Mungkin ada perkataan yang lebih indah kalau pun saya berat hati. Tapi kenapa perkataan itu digunakan?,” katanya.

Bintang yang melakonkan watak Yasin menerusi filem tersebut turut menyifatkan pihak penerbit tidak professional dalam menangani masalah tersebut.

“Saya anggap kelakar dan tidak profesional. Kalau saya tak pergi pun saya okey. Kalau saya dijemput itu dari pihakk penganjur atau figura dari sana pun saya akan datang walaupun dengan perbelanjaan sendiri,” katanya kepada XTRA.

Pendedahan tersebut telah dilakukan oleh Johan ketika ditemui di Majlis Pra Tonton dan Sidang Media Filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa, semalam.

Sebelum ini, Johan telah meninggalkan komen menerusi kenyataan yang dimuat naik Adi Putra di Instagramnya beberapa minggu lalu untuk tidak menghadirkan diri di majlis Malam Gala itu.

“Kalau abang Kilau tidak hadir ke Malam Gala filem Mat Kilau di Jakarta, Yasin berat hati untuk ke majlis tersebut #taatpadayangsatu,” tulisnya.

Walaubagaimanpun, Johan turut tidak menafikan dirinya menyokong dengan keputusan pelakon utama Mat Kilau itu kerana sudah menganggapnya seperti seorang abang.

“Saya menyokong apa saja keputusan. Datuk Adi Putra ni saya anggap macam abang saya sendiri dalam industri. Dia banyak mengajar saya,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Adi Putra Tetap Tidak Akan Hadir Tayangan Di Jakarta – “Saya Terkilan..”

Fatin Nurain