Jom Dapatkan Set Borderless Alha Alfa Istimewa Sempena ABPBH 32!

Nampaknya berlaku sedikit ralat pada majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang ke-32 (ABPBH 32), malam tadi.

Pihak ABPBH 32, TV3 & BH ingin memaklumkan terdapat kesilapan teknikal pada nombor telefon yang tertera untuk promosi set Borderless Alha Alfa Cosmetics yang disiarkan ketika siaran langsung ABPBH 32 pada malam 22 September 2019.

Nombor telefon sebenar untuk dihubungi bagi pembelian dan maklumat produk adalah 011 10367119.

Jenama Alha Alfa Cosmetics merupakan penaja utama malam tadi pihak mereka turut melancarkan koleksi kosmetik terbaharu, set istimewa Borderless.

Produk ini mengandungi produk primer, bedak asas, span muka dan pembayang pipi.

Lebih istimewa pengasasnya, Datuk Alha Alfa memaklumkan produk ini dihasilkan sempena penganjuran ABPBH ke 32 yang berada di pasaran sejak 14 September lalu.

SGMS Faida