Jom Makan Cendol PERCUMA Dengan Penyampai Kool FM Sabtu Ini

Buat pendengar setia Kool FM, temui penyampai radio kesayangan anda di empat lokasi pilihan pada 8 Disember (Sabtu) untuk program ‘Chendol Marathon’.

Menariknya, penyampai radio Kool FM akan bersantai dengan 50 pendengar setia untuk makan cendol bersama.

Salah seorang penyampainya, Muaz menyeru penduduk di sekitar Taman Melawati, Taman Tun Dr Ismail, Banting dan Shah Alam untuk terus mendengar updates di radio Kool FM.

“ Saya sendiri dah tak sabar nak bertemu pendengar setia kami pada minggu ini. Kita lepak-lepak sambil makan cendol PERCUMA bermula 11 pagi. Ingat, hanya 50 orang terawal sahaja tau,” katanya.

Bagi anda yang tiada aktiviti weekend ni, jom datang!

SGMS Faida