Jom Shopping Raya! Adira Suhaimi Tampil Dengan Koleksi Tudung Adira X Hermanas

Penyanyi yang popular dengan lagu Pujaan Hati Kanda, Adira Suhaimi mengumumkan kolaborasi jenama tudung Hermanas sempena kampen raya 2019. Pelancaran Koleksi Raya Hermanas X Adira diadakan dalam sebuah majlis bertempat di The Curve, pada Selasa.

Koleksi istimewa ini menampilkan tudung bawal dengan material berkualiti tinggin iaitu Premium Cotton Voile, senang dibentuk dan tidak mudah kedut. 

“Bawal Hermanas sangat berbeza dari bawal yang ada di pasaran kerana material yang digunakan adalah material diperbuat khas untuk Hermanas iaitu Hermanas Premium Cotton Voile. Jenis kain ini senang dibentuk, tidak mudah kedut dan sentiasa “on point”. Harganya juga sangat berpatutan” ulas pengasas Hermanas, Syed Zulhilmi Tuan Syarif.

“Pemilihan Adira sebagai wajah Hermanas adalah bersesuaian dengan imejnya yang bertudung selain cara  pemakaiannya yan cantik, trendy dan kemas dengan tudung bawal Hermanas. Adira turut mempunyai pengikut tersendiri yang mampu meningkatkan Hermanas ke tahap lebih tinggi” ujarnya lagi. 

sumber:https://www.instagram.com/hermanas.my/

Majlis yang berlangsung pada 7 Mei itu juga menampilkan sehelai tudung istimewa edisi terhad yang ditandatangani oleh Adira, bidaan bermula dengan RM 1,000. Duit  tersebut akan disalurkan ke badan kebajikan sempena sambutan hari raya. 

Koleksi Raya Hermanas X Adira menawarkan 12 rekaan keseluruhan, enam rekaan pertama akan dilancarkan pada Mei dan selebihnya akan dilancarkan pada Jun depan. Setiap reka bentuk mempunyai 5 kombinasi warna, koleksi ini sahaja menampilkan lebih 40 kombinasi warna. 

sumber: https://www.instagram.com/hermanas.my/

Koleksi ini boleh didapati dengan harga RM69 sehelai. Sempena musim perayaan, peminat bawal Hermanas boleh mendapatkan harga istimewa untuk pembelian tiga helai iaitu RM 197 dengan penghantaran percuma beserta kotak eksklusif. 

Koleksi bawal Hermanas boleh didapati di semua stokis sah Hermanas, layari www.hermanas.my untuk info lanjut.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”