Hiburan By: Del14 December 18, 2019 @ 1:09pm

Juara Dewi Remaja 2019, Shaza Bae Ambil Iktibar Dari Insiden Haneesya

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Shaza Bae (24) yang dinobatkan juara Dewi Remaja 2019 baru-baru ini dan selaku pemenang, dia membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 dan trofi. 

Wartawan penyiaran yang berasal dari Kuala Lumpur ini berjaya menumpaskan empat finalis lain iaitu Adriana Ghafar (21), Nynaa Harizal (23), Shatirah Amanda (19) dan Syamira Izzati (22). 

Memetik laporan sebuah portal, walaupun mempunyai akaun media sosialnya sendiri, Shaza mendakwa dia tidak mahu terlalu mendedahkan hal-hal peribadi di media sosial kerana secara sedar atau tidak, ia boleh memberi impak dalam kehidupan harian.

Mungkin Shaza mengambil langkah untuk lebih berhati-hati selepas apa yang pernah terjadi kepada juara Dewi Remaja 2018, Haneesya Hanee suatu ketika dahulu apabila gelaran Dewi Remajanya ditarik balik selepas videonya di kelab malam sambil memegang gelas minuman keras tular di alam maya. 

“Saya sangat menjaga media sosial saya dan sekiranya ada perkara yang betul-betul peribadi saya tak akan post walaupun untuk ‘closed friend’.

“Ya, memang nampak remeh tetapi orang selalu dengki dan memerhatikan kita. Jadi kitalah yang perlu bijak untuk berkongsi apa-apa di media sosial.

“Namun, seandainya perkara buruk terjadi, saya tidak akan berdiam diri dan akan tampil ke hadapan untuk memberikan keterangan,” katanya. 

Tambah Shaza lagi, dalam dunia yang serba canggih, banyak mata yang memerhati apa yang dilakukan dan sebarang kesalahan walaupun kecil boleh diperbesarkan dan bakal memberi risiko kepada kerjaya dan kehidupan peribadi. 

Shaza juga terharu kerana Haneesya telah menghantar mesej peribadi kepadanya untuk mengucapkan tahniah dan memberi kata-kata nasihat buat Shaza dan perkara ini telah dikongsikan oleh juara Dewi Remaja 2019 itu di akaun instagram peribadinya. 

“Saya bangun dan terbaca mesej ini.  Saya rasa sangat rendah diri dan terharu.  Terima kasih ya sayang kerana menghulurkan persahabatan @haneesyahanee. #ShesStillTheQueen #Dewiremaja2019 #DewiRemaja #womensupportingotherwomen,” tulis Shaza sebagai kapsyen. 

Kredit Foto: Instagram @shazabae_

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 15 Sep 2022
Events Thu, 17 Oct 2019
Hiburan Sat, 6 Apr 2019

Klasik Sungguh Resepsi Kedua Aidil-Fasha Sandha!

Aidil dan Fasha diarak menaiki ‘tandu’ yang diperbuat daripada buluh. 

Hiburan Sun, 17 Dec 2023
Featured Wed, 29 Mar 2023
Hiburan Thu, 23 Jan 2020

Beri Amaran, Che Ta Tak Rela Bermadu!

Cantik cam ni mesti suami tak cari lain lah!

Featured Tue, 30 Aug 2022

Tarikh Nikah Makin Hampir, Netizen Minta Shahir Zawawi Bayar Hutang RM4,000 Sebelum Kahwin?

Alamak, ni apa kes? Betul ke Shahir berhutang sampai 4 ribu? 🤯😣