Hiburan By: Ad Ops August 3, 2018 @ 4:25pm

Julia Ziegler Hamil 4 Bulan, Naik 10 Kg?

Sebelum ini, timbul kontroversi mengenai Julia Ziegler yang dikatakan telah ‘pecah rahsia’ kerana mendedahkan kehamilan anak kedua pelakon Amyra Rosli. Namun itu semua hanyalah salah faham kerana pelakon dan juga model ini disahkan hamil dan bakal bergelar ibu tak lama lagi. Laa, bukan Amyra lah yang pregnant?

Berkongsi berita gembira tersebut, kini usia kandungan Julia Ziegler sudah pun masuk 4 bulan. Tambahnya lagi, kandungannya ini membuat berat badan beliau bertambah sebanyak 10kg.

“Jika diikutkan, sejak trimester pertama hingga sekarang, saya tak berdepan alahan teruk. Cuma tak henti makan itu dan ini…. Akhirnya, berat badan saya naik 10 kg. Memang selera makan saya bertambah.

“Saya paling gemar masakan India seperti tosei manakala juadah Thailand seperti tomyam saya tak boleh makan. Seperkara lagi, saya jadi ‘hantu’ buah durian. Cuma saya dinasihat usah lupa diri kerana bimbang dengan bayi dikandung.” Katanya

Berkahwin dengan jutera mekanikal, Johan pada 1 Januari 2017, Julia memberitahu dia cepat letih sepanjang tempoh trimester pertama.

“Badan saya macam tiada tenaga… Asyik makan dan tidur saja. Manalah berat badan tak naik.

“Cuma ketika ini, saya lebih bertenaga dan aktif. Saya biasakan diri membuat kerja rumah termasuk memasak.” Kata wanita berdarah kacukan itu

Sempat berseloroh apabila ditanya mengenai dunia lakonan, Julia memberitahu dirinya akan mempertimbangkan tawaran sekiranya ada. 

“Kalau telefilem bolehlah dipertimbangkan. Tapi masalahnya, tiada tawaran berlakon pun. Mungkin produksi tak mahu ajak saya berlakon kerana berat badan meningkat.” Katanya 

Bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Allah, Julia dan suami berserah kepadaNya mengenai jantina bakal anak.

Apa saja rezeki Allah beri, kami terima dengan tangan terbuka. Kami pun tak merancang ingin tahu jantina bakal anak. Biarlah ia jadi kejutan buat masa ini.” Katanya.

 

Ditulis Oleh : Nik Nur Amira

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 11 Nov 2023
Hiburan Mon, 10 Sep 2018

Fad Tak Kisah Kalau Tak Menang, Asalkan…

Tercalon dalam kategori Penyampai Radio Popular dan Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 31, Fad mengaku dia tidak meletakkan harapan tinggi untuk menang.

Hiburan Fri, 27 Apr 2018

Aksi Intim Remy Ishak Dalam…?

Kalau selalunya hero kita ni beraksi dilayar perak dengan memegang watak pahlawan, hero dalam cerita cinta, atau seorang yang psiko. Namun, kali ini kita bawakan kepada peminat-peminat Remy Ishak adegan yang pastinya panas untuk tatapan korang semua.

Featured Thu, 26 Jan 2023