“Jumpa Awak Di Alam Lain, Di Situ Tiada Radar” – Sharifah Sakinah Label Nad Zainal Narsistik?

Pelakon, Sharifah Sakinah meluahkan rasa kesal terhadap kenyataan rakan baik, aktres Nad Zainal yang mengakui tidak kisah hilang rakan dari radar.

Di ruangan Instagram, Sakinah memuat naik tangkapan skrin muat naiknya terdahulu ketika memberi doa dan berharap Nad sedar ketika sedang bertarung nyawa di hospital.

Sakinah seakan memutuskan persahabatan bersama Nad Zainal yang dianggap sebagai seorang narsistik.

“Dah boleh delete kot post Ini. Saya jumpa Awak (Nad Zainal) di alam lain, di situ tiada radar.

“Say words from the heart, put your feet on the ground. Your narcissistic thoughts, fake words and in denial action will become your destiny,” katanya.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, penyangi Marsha Milan turut meninggalkan komen di hantaran Sakinah itu yang berkata hanya yang tahu sahaja tahu (YTJT).

Meninjau ke ruangan komen, ramai pengikutnya di Instagram turut meluahkan rasa sedih terhadap perubahan ketara Nad Zainal yang seakan tidak menghargai usaha rakan-rakannya itu.

Isteri kepada pelakon Ungku Ismail itu mengakui tidak menghiraukan sekiranya hilang rakan dari radar kerana menganggap perkara tersebut seperti itu zaman sekolah.

Artikel Berkaitan: Didakwa Bermasam Muka Dengan Rakan Artis, Nad Zainal Tak Nak Fokus Pada Siapa Yang Hilang Dari ‘Radar’?

Susulan itu, aktres berkaliber Nabila Huda juga memberi respons terhadap pengakuan Nad itu yang berkata dia tidak mengenali selebriti tersebut.

Artikel Berkaitan: Nad Zainal Tak Fokus Kawan Hilang Dari Radar, Respons Nabila Huda Curi Perhatian – “Maaf, Siapa Ni Pelakon Ke?”

Sebelum ini, selebriti Sherry Alhadad juga berkata kali terakhir dia berhubung dengan Nad sebelum dia mendirikan rumah tangga.

Artikel Berkaitan: Masih Sayang Persahabatan, Sherry Alhadad Dedah Kali Terakhir Berhubung Nad Zainal Sebelum Berkahwin Dengan Ungku Ismail – “Tali Silaturahim Masih Ada, Dia Adik Saya”

Terdahulu, Nad dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman di paru-paru.

Rakan-rakan selebriti membuat tabung dana khas untuk membantu keluarga Nad Zainal membiayai rawatan bil hospital.

Aqilah Paharuzi