Jurnal Minggu Ke-2 : #daiTV3 Singkap Kehidupan Di Sebalik Tirai Besi

Minggu kedua #daiTV3 kini menampilkan kehidupan dan aktiviti harian penghuni disebalik tirai besi yang terletak di Penjara Kajang, Selangor. Para Dai nampaknya bukan sahaja dibenarkan berjumpa dan memberi taklimat kepada banduan tetapi mereka juga turut merasai bagaimana perasaan duduk didalam penjara.

Tugas Dai’ pada minggu kedua ini bukan sahaja banyak memberi mereka pengalaman dari segi kehidupan tetapi pandangan mereka sendiri terhadap para banduan yang berada di dalam penjara tersebut.

Dan, apa yang menariknya bukan layanan istimewa yang bakal-bakal dai’ kita ni dapat ya, mereka juga tidak terlepas dari mendapat layanan sama seperti penghuni tirai besi ini. Jom kita saksikan klip menarik #daiTV3 minggu ini!

 

Menarik bukan? Jadi buat semua peminat yang mahu menyaksikan #daiTV3 Pendakwah Nusantara ini jangan lupa saksikan siaran secara langsung pada setiap hari Jumaat, jam 9 malam hanya di TV3 atau menerusi Youtube TV3 Official dan portal rasmi kami hanya di tonton.com.my dan LIVE TV atau Catchup TV
Salma Syahbuddin