Justin Bieber Disaman kerana Posting Gambar Sendiri?

Ini kejadian benar.  Siapa tak kenal dengan Justin Bieber dan demam ‘Bieber’ serta hashtag #belieber yang masih setia viral dikalangan peminat-peminat fanatik Justin Bieber di seluruh dunia.  Baru-baru ini Justin Bieber disaman oleh jurufoto bernama Robert Barbera atas pelanggaran hak cipta bagi sebuah gambar yang dimuat naik oleh Justin Bieber dilaman instagrammnya yang telah diambil oleh jurufoto tersebut.  Barbera mendakwa bahawa gambar atau foto tersebut telah didaftar sebagai hak miliknya dan Bieber telah menggunakan foto tersebut tanpa mendapatkan izin dari pemiliknya.

Masih tertanya-tanya gambar apa yang menjadi persoalan, ianya merupakan sebuah foto yang telah di ‘post’ oleh Bieber pada 13hb Mac tahun ini yang memaparkan Bieber bersama seorang rakan lelakinya sedang keluar dari kereta untuk menghadiri sebuah acara dengan kapsyen “Me and my guy“.  Yang lebih menarik lagi, posting tersebut masih ada di laman instagram Bieber!

Selain beliau, selebriti terkenal Jennifer Lopez juga mengalami nasib yang sama apabila seminggu sebelum Bieber disaman, beliau disama sebanyak USD150,000 untuk sebuah posting di IG story beliau pada tahun 2017! Hebat bukan? Nampaknya zaman yang semakin tidak ada privasi ini, semakin sukar untuk para selebriti di seluruh dunia.  Posting gambar atau foto sendiri pun harus berhati-hati…

Del14