Selepas Laudya Cynthia Bella dikatakan enggan berkongsi gambar suaminya kerana ‘dikacau’ perempuan lain yang suka milik orang, kini pelakon, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta pula yang meluahkan rasa bimbang untuk berkongsi gambar suaminya, Zain Saidin yang 12 tahun lebih muda daripadanya. 

“Makin elok pulak laki kami ni, eh..tak mau upload dah la gambar..takut ada yang berkenan. Orang perempuan zaman sekarang mereka suka berkenan orang punya.. atau dalam erti kata lain, berebut hak orang,” tulisnya dalam kapsyen IG baru-baru ini.

Che Ta dan Zain mendirikan rumahtangga pada 11 Disember 2013 dan ini merupakan perkahwinan kedua bagi Che Ta. Hasil perkahwinan ini, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia 5 tahun. 

Apa nak buat Che Ta…Zain memang tampan tapi Che Ta pun apa kurangnya? Makin cantik dan bergaya! 

Del14