Categories: HiburanSelebriti

Justin Bieber Kahwin Lagi?

Selepas mengikat tali perkahwinan dalam upacara rahsia pada September tahun lalu, penyanyi Justin Bieber dan isterinya, Hailey Baldwin bakal diraikan dalam sebuah majlis pada 30 September ini.

Memetik laporan media antarabangsa, pasangan ini telah menjemput seluruh ahli keluarga, rakan-rakan terdekat untuk menjadi saksi meraikan hari bahagia mereka. 

Apa yang menarik, Hailey dilaporkan giat melakukan persiapan rapi dari hujung rambut ke hujung kaki.

Model cantik berusia 22 tahun ini dilihat mengunjungi spa di Beverly Hills untuk memanjakan dirinya dengan rawatan lulur.

Difahamkan, Hailey membelanjakan USD 215 (RM 930) untuk setiap sesi.

“Hailey mahu memastikan dirinya kelihatan sempurna pada hari itu nanti. Dia datang ke sini untuk membuang sel kulit mati dari tubuh dalam memastikan dirinya ‘bersinar’ di hari perkahwinan,” kata sumber dipercayai kepada portal E Online.

Dalam masa sama, Hailey juga dilaporkan menghadiri kelas Hot Pilates di kawasan Hollywood, California sejak dua bulan kebelakangan ini.

Lebih istimewa, tata rias rambut Hailey bakal ditaja oleh hair stylist, Jen Atkin.

Menurut bapa Hailey, Stephen Baldwin, beliau akan membawa anak kesayangannya itu ke ruang pelamin sebagai bukti sudah bersedia melepaskan anaknya kepada Bieber.

SGMS Faida