“Kaabah Pun Orang Tunggang” – Fedtri Yahya Kesal Isu Salji Turun Di Makkah

Minggu lalu, dunia dikejutkan dengan berita salji turun di Masjidil Haram, Makkah. Namun video tersebut dikatakan telah disunting secara teknikal menggunakan ‘filter’ yang kelihatan seperti salji.

Terbaharu, pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun menjelaskan bahawa salji yang dikatakan turun itu adalah hujan.

“Memang hujan hampir selang sehari dan kami Tawaf Wada’ (perpisahan) juga ddalam hujan.

“Lokasi sebenar salji di Saudi adalah di Tabuk, sempadan Jordan, lebih kurang 9 hingga 10 jam daripasa Makkah,” jelas Asma.

Menjengah ke ruangan komen, ramai meluahkan rasa kecewa dengan berita palsu tersebut. Malah personaliti TV Ahmad Fedtri Yahya turut meluahkan rasa sama.

“Itulah..zaman sekarang. Kaabah pun orang tunggang untuk raih tumpuan.

“Sanggup edit yang bukan-bukan. Patut dibebaskan daripada menjadi tempat niaga, tempat sensai. Supaya terjaga kemuliannya.

“Orang Islam jangan jahil sangat. Perlu berilmu dalam menilai sebaran yang tak bermanfaat,” tulis Fedtri di ruangan komen perkongsian tersebut.

Khairil Khusyairi