Zizan Razak Janji Tak Berahsia Soal KAHWIN

Meskipun selalu diasak dengan soalan ‘Bila Nak Kahwin’, pelakon, penyanyi dan pengacara terkenal Zizan Razak akan cuba cover dengan cara baik.  Bukan apa, banyak hati perlu dijaga dalam hal ini. 

Zizan yang bakal muncul dalam filem Kesempatan Keduda yang ditayangkan di Indonesia tak lama lagi memberitahu dia belum ada perancangan serius untuk majlis pernikahan.

 “Saya rasa rakan-rakan media semua faham situasi yang saya maksudkan. Biar saya selesaikan satu persatu,” katanya.

Zizan yang menginjak ke usia 34 tahun ini meminta peminat dan wartawan memberi sedikit ruang kepadanya.

 “Jangan risau, insya-Allah bila tiba masa yang sesuai saya akan umumkan kepada semua,

“ Saya janji tidak akan berahsia,” katanya kepada Utusan Online. 

Biarpun mengakui hubungan terjalin sekadar teman biasa, hubungan percintaan Zizan Razak dan Mira Filzah sudah lama menjadi bualan ramai.

Dalam perkembangan lain, Zizan atau Mohd. Razizan Abdul Razak memaklumkan dia bersyukur kerana bakatnya diterima baik di Indonesia.

“ Saya ada terima tawaran mengacara untuk program televisyen di sana…Alhamdulillah,” akhirinya.

Jangan lupa undi Zizan Razak untuk pencalonan awal bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 31 di laman web rasmi ABPBH, www.abpbh.com.my.

 

SGMS Faida