Zarina Anjoulie Kutuk Minah Dagu Senget, T***k Mini Sajat?

Beberapa kontroversi panas melibatkan dirinya yang dikatakan kerap meroyan sejak dilihat selalu bersama rakan baiknya, Fathia Latiff menyebabkan nama Zarina kembali hangat dalam industri. Lebih-lebih lagi ianya juga turut melibatkan nama penyanyi Ismail Izzani yang dikatakan tidak membayar duit hotel tersebut.

Terbaharu, Zarina sekali lagi memuat naik status di laman instagram miliknya dengan mendedahkan bahawa terdapat seorang wanita yang dikatakan sengaja cari pasal dengannya berhubung isu kelab malam Fathia Latiff dan dirinya baru-baru ini. Wanita yang dikenali sebagai Ekaa Zahidin merupakan rakan wanita yang dikatakan ditolak semasa berada di kelab terbabit.

Muat naik tersebut sekaligus membuatkan netizen meminta agar pelakon ini tidak mempopularkan individu-individu terbabit yang dilihat hanya mahukan publisiti semata-mata.

Apapun, diharap kontroversi sebegini dapatlah dikurangkan memandangkan sejak akhir-akhir ini pelbagai berita dan masalah masyarakat melanda negara. 

Salma Syahbuddin