Tahniah! Bekas Protege Joe Flizzow Selamat Lahirkan Anak Lelaki

Bintang kelahiran program Mentor, Ila Damiaa selamat melahirkan bayi lelaki.

Berita gembira ini dikongsi sendiri oleh peserta Mentor musim keempat ini di laman Instagramnya.

Dalam entri berkenaan, Ila turut memuatnaik sekeping gambar bahagian kaki anak sulungnya itu.

“This littlest feet make the biggest footprints in our hearts. Alhamdulillah. Thank you for those yg mendoakan. Here’s my little boy, Abg Zayne Mateen Bin Abg Mohd Sahril,” tulisnya.

Penyanyi berusia 29 tahun ini mengumumkan nama penuh anaknya iaitu iaitu Abg Zayne Mateen Bin Abg Mohd Sahril.

Rata-rata pengikutnya juga turut gembira dan meninggalkan ucapan tahniah serta selamat berpantang di ruangan komen foto berkenaan.

Ila berkahwin dengan pasangannya, Abg Mohd Sahril Abg Spian selepas sembilan tahun berkenalan. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 6 Mac 2016 di Dewan Hikmah, Petra Jaya, Kuching, Sarawak.

SGMS Faida