“Kak Iti Boleh, Tokti Boleh…” – Ini Respons Siti Nurhaliza Mengenai Isu Panggilan Nama

Kecoh di media sosial mengenai segelintir peminat penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang tidak gemar dengan panggilan mesra Tokti yang diberikan kepada beliau.

Segelintir peminat Siti di Twitter tidak senang dengan panggilan terbabit dan sering mengkritik mereka yang memanggil Siti sebagai ‘Tokti’.

Tenang memberikan respons, Siti menjelaskan bahawa dirinya kurang berada di Twitter berbanding di Instagram (IG) dan dia jarang mengetahui isu atau kontroversi yang berlaku di Twitter berkaitan dirinya.

“Saya kurang berada di Twitter berbanding dengan IG sebab IG ni orang-orang dia lebih memahami dan dia hormat sikit berada di rumah orang.

“So sebab tu saya jarang tahu sikit apa yang terjadi di Twitter. Apabila saya nak upload nak beritahu tentang sesuatu, baru saya masuk.

“Tak adalah hari-hari asyik tengok apa orang cakap pasal saya… sebab tu kadang saya banyak missed kat Twitter punya isu,” katanya kepada XTRA.

Ketika ditemui pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pelantikannya sebagai duta Binary University baru-baru ini, Siti mengulas bahawa isu panggilan ini bukan perkara yang besar dan hanya isu yang remeh.

ARTIKEL BERKAITAN: “Menuntut Ilmu Digalakkan Sehingga Ke Liang Lahad” – Siti Nurhaliza Ada Keinginan Untuk Sambung Belajar

“Kalau pasal nak panggil tu pun jadi masalah, susah jugak tu… Takpelah apa-apa pun lah.

“Kak Iti boleh, Tokti boleh. Itu bukan satu masalah yang besar lah kot kan.

“Kadang benda tu lah yang terlalu remeh pun jadi besar. Sebab tu saya tak suka sangat carry perasaan, carry minda saya dalam Twitter punya isu.

“Komen sikit-sikit tu takpe lah… kalau melampau saya senang je zaasss (block),” ujar Siti kepada XTRA.

ARTIKEL BERKAITAN: MV Lip Lap Raya Didakwa Sama Seperti MV Adele? Ini Respons Siti Nurhaliza

Single raya terbaharu Siti, Lip Lap Raya kini meraih lebih 900,000 tontonan di YouTube.

Atiqah Johari