Categories: SelebritiTrending

“Keturunan Apa Ni?…” Kecantikan Anak Que Haidar Jadi Bualan Warganet

Kecantikkan dua anak pelakon Que Haidar, Tengku Ratu Haidar dan Tengku Cleopatra Haidar menjadi bualan warganet menerusi sebuah video di TikTok.

Video yang mendapat tontonan lebih 4.6 juta itu, rata-rata memuji paras rupa cantik dua puterinya itu.

“Allahu, keturunan apa ini? Hilang kata-kata tengok. Indah sungguh ciptaan Tuhan,” komen seorang netizen yang mendapat ‘likes’ lebih 15,300.

Selain itu, beberapa pengikut akaun TikTok Que menyifatkan rupa paras puterinya itu memang jenis jelita klasik.

“Ini baru betul ‘copy and paste’ muka ayah dan anak. Tapi versi perempuan.

“Klasik betul wajah. Anaknya macam orang Inggeris yang lama-lama itu. Muka dia macam ada aura 1990-an macam itu. Lawanya,” komen seorang pengikutnya.

Video tersebut turut meraih lebih 281,700 ‘likes’ dan lebih 2950 komen.

@quehaidar 🤍🤍🤍 #raya2022 ♬ Selamat Hari Raya – Puan Sri Saloma

Dua puterinya itu merupakan cahaya mata hasil perkahwinannya berama koreografer tarian terkenal, Linda Jasmine.

Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 14 Februari 2019.

Linda juga memiliki seorang anak lelaki, Qalif Khan hasil perkahwinan terdahulunya.

Sumber: Harian MetroKecantikkan dua anak pelakon Que Haidar, Tengku Ratu Haidar dan Tengku Cleopatra Haidar menjadi bualan warganet menerusi sebuah video di TikTok.

Video yang mendapat tontonan lebih 4.6 juta itu, rata-rata memuji paras rupa cantik dua puterinya itu.

“Allahu, keturunan apa ini? Hilang kata-kata tengok. Indah sungguh ciptaan Tuhan,” komen seorang netizen yang mendapat ‘likes’ lebih 15,300.

Selain itu, beberapa pengikut akaun TikTok Que menyifatkan rupa paras puterinya itu memang jenis jelita klasik.

“Ini baru betul ‘copy and paste’ muka ayah dan anak. Tapi versi perempuan.

“Klasik betul wajah. Anaknya macam orang Inggeris yang lama-lama itu. Muka dia macam ada aura 1990-an macam itu. Lawanya,” komen seorang pengikutnya.

Video tersebut turut meraih lebih 281,700 ‘likes’ dan lebih 2950 komen.

Dua puterinya itu merupakan cahaya mata hasil perkahwinannya berama koreografer tarian terkenal, Linda Jasmine.

Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada 14 Februari 2019.

Linda juga memiliki seorang anak lelaki, Qalif Khan hasil perkahwinan terdahulunya.

Sumber: Harian Metro

Fatin Nurain