Kak Lina Pom Pom Dirisik! “Izinkan Aku Merasa Detik Ini”

Walaupun pernah berkahwin satu ketika dahulu dengan pengarah, Azmi Hatta pada 9 November 2014 dan bercerai pada 15 Oktober 2015, ini tidak mematahkan semangat pelakon, pengacara dan penyanyi Elly Mazlein untuk mengecap bahagia bersama pasangan hidup yang sesuai satu hari nanti. 

Alhamdullillah, majlis merisik penyanyi, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom, telah selamat dilangsungkan semalam di rumah kediaman keluarga Elly di Cyberjaya dan dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak.   

Elly atau nama penuhnya Sharifah Aida Mazlina binti Syed Hanafi (39) berkongsi kegembiraannya di laman instagram miliknya kerana menurutnya, ini merupakan pertama kali dia merasai pengalaman dirisik.

“Izinkan aku merasa detik ini,” ungkap Elly dalam kapsyennya.  

 

“Meskipun acara ini lebih kepada adat, saya dapat rasakan diri ini dihargai kerana belum pernah merasai pengalaman itu.

“Majlis ini diadakan secara kecil-kecilan dan ia memberi ruang kepada keluarga saya serta bakal suami untuk berkenalan dengan lebih dekat. 

“Alhamdullillah, saya sangat berterima kasih kepada bakal suami dan keluarganya kerana menerima saya seadanya,” katanya kepada BH Online. 

Elly mengenali kekasihnya yang diperkenalkan sebagai Azlan sejak Ogos tahun lalu tetapi tidak pernah berkongsi wajah atau foto kekasihnya itu kepada umum.  

Ucapan tahniah membanjiri ruangan komen posting instagram tersebut dari rakan-rakan artis dan peminat penyanyi lagu Bungaku Bakawali ini, seperti Fasha Sandha, Rashidi Ishak dan ramai lagi. 

Melalui perkahwinannya yang terdahulu, Elly dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Sara Sefhia tetapi yang penting, Azlan dan keluarga dapat menerima dirinya walaupun berstatus ibu tunggal kepada puteri kesayangannya itu. 

Baca: ‘Bakal Suami Sediakan Rumah Untuk Anak’- Elly Mazlein Terharu Kesungguhan Si Dia

Apa-apa pun, Team Xtra berdoa agar semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan dan semoga perkahwinan ini membawa sinar bahagia yang baru buat Elly dan anak. 

Baca: Sambut Lima Majlis, Elly Mazlein Teruja Sarung Gaun Pengantin!

Baca: Diusik ‘Used Car’, Elly Mazlein Minta Maaf Dengan Bakal Suami

Del14