Kaka Azraff Dah Tunang, Tahniah!

Kalau sebelum ini ramai yang berteka teki siapakah agaknya kekasih penyanyi yang popular menerusi lagu Bukan Hal Aku, harini khabar angin ini seolah-olah sudah menjawab segala persoalan berkenaan status Kaka atau nama sebenarnya, Nor Atiqa Noor Azraff.

Berita pertunangan ini mula tersebar apabila Adam dilihat berkongsi beberapa video menerusi insta story miliknya.

Menjalinkan hubungan cinta bersama usahawan merangkap model, Adam Azriff, Kaka bagaimanapun masih tidak mewar-mewarkan lagi tentang status sebenar beliau.

Namun, sekiranya khabar gembira ini benar kami di xtra.com.my mengucapkan tahniah dan semoga sabar menempuhi alam pertunangan.

 

Salma Syahbuddin