Kalah Main Badminton, Imran Aqil & Dahlia Rizal Terpaksa Cium Stokin!

Pelakon dan penyampai radio, Imran Aqil dan tunang, pempengaruh Dahlia Rizal terpaksa mencium stokin setelah tewas dalam permainan badminton.

@imjeebsterpantang undur kecuali operasi♬ original sound – iJeebster

Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Dahlia terpaksa stokin tersebut terlebih dahulu.

“Sebab kalah badminton kene bau stokin Alif (Abang Dahlia).

“So osom untuk pilih turn siapa bau dulu,” tulis Imran.

Dalam pada itu, gelagat Dahlia yang cuba mengipas Imran ketika giliran tunangnya itu mencium stokin membuatkan peminat ‘single’ cemburu.

Meninjau di ruangan komen, wargamaya meluahkan rasa kesal mereka menonton video tersebut kerana masih single dan ada juga yang membayangkan bau stokin yang dicium oleh mereka berdua.

“Sweetnya Dahlia kipaskan Imran.

“Patut aku study je tadi takyah stop.

“Macam terbau-bau stokin tu pula,” komen peminat.

 

Halimey Zamal