Jinggo Kongsi Waktu Terbaik Untuk Luangkan Masa Bersama Bayi – “Masa Bangun Tidur, Mandikan & Tuamkan…”

Pengarah terkenal, Azman Yahya atau Jinggo sering berkongsi kenangan bersama cucu sulungnya, Bunga Elhaq di laman sosial.

Baru-baru ini, lelaki yang turut mesra disapa dengan nama Tok Sidang itu dia berkongsi momen bersama Bunga ketika sedang bangun tidur.

Menurut Jinggo, waktu yang terbaik untuk meluangkan masa dan melayan karenah bayi adalah ketika waktu baru bangun tidur.

“Baby ni pada Tok Sidang dari Haq Mikha sampei le ke @bungaelhaq masa yang best dengan deme ni, masa deme baru bangun tidur, bau badan baby, masa mandikan deme, masa tuamkan deme dan masa deme tidur balik depan mata kita,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan pendapat Jinggo dan turut memuji kecomelan Bunga ketika bersama dengan datuknya.

“Suka baby baru bangun tidur. Cium pelipat ketiak, perut dengan leher dia yang berpeluh-peluh masa tu. Ya Allah Bunga is comel.

“Masya-Allah please la Dadda jangan bergambar sebelah Bunga, nampak sangat Dadda tenggelam. Tapi apa pun comel dan sweet bila Bunga pegang dagu Dadda.

“Masya-Allah geram tengok Bunga. Comel sangat. Untung Bunga hari-hari ada atok untuk menceriakan hari-hari Bunga,” komen netizen.

 

Dharnieya Nur Amelsa