“Kalau Ada Tattoo, Tak Boleh Jadi Muslim Ke?”- Maryam Durian Kimchi Kecewa, Status Agama Dipersoal

Pempengaruh media sosial popular, Maryam Younarae atau lebih dikenali dengan panggilan Maryam Durian Kimchi kecewa apabila terdapat segelintir masyarakat yang masih mempersoalkan status keagamaannya selepas foto tatu yang terdapat di lengan tangan kanannya tular.

Menerusi perkongsian di TikTok, Mariam mengakui sehingga kini masih ada lagi individu yang menegur dan berani memintanya untuk memadam tatu tersebut dek kerana dia kini sudah bergelar seorang muslim.

“Sampai sekarang ada orang talk about my tattoo.. dan ask me to remove this. Can only people without tattoos become Muslims?,” katanya.

Menerusi video berdurasi 20 saat itu, Ibu kepada seorang cahaya mata ini hanya menunjukkan wajahnya yang suram dan berdiam diri dengan tanggapan segelintir masyarakat terhadapnya.

@uyounikSampai sekarang ada orang talk about my tattoo.. dan ask me to remove this.. Can only people without tattoos become Muslims?♬ original sound – allierockk

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Maryam tampil memberikan pelbagai respons termasuklah memberikan kata-kata semangat dan meminta agar dia tidak mengambil peduli terhadap komne-komn negatif yang diberikan.

“Takpe kak, itu dulu. Sekarang kita fokus untuk terus ke depan. Buat tak tahu saja okay.

“Saya juga seorang muallaf dans aya ada tatu dibahagian kaki. Alhamdulillah suami saya sedar dan faham. Tak payah buang kalau ia menyakitkan.

“Sabar ye Mariam. Allah sentiasa bersama kita. Kuatkan diri! tak wajib buang tatu. Nak buang boleh, Tak nak buang pun boleh jika memudaratkan,”komen netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraik lebih 500,000 tontonan dan lebih 45,000 tanda suka.Pempengaruh media sosial popular, Maryam Younarae atau lebih dikenali dengan panggilan Maryam Durian Kimchi kecewa apabila terdapat segelintir masyarakat yang masih mempersoalkan status keagamaannya selepas foto tatu yang terdapat di lengan tangan kanannya tular.

Menerusi perkongsian di TikTok, Mariam mengakui sehingga kini masih ada lagi individu yang menegur dan berani memintanya untuk memadam tatu tersebut dek kerana dia kini sudah bergelar seorang muslim.

“Sampai sekarang ada orang talk about my tattoo.. dan ask me to remove this. Can only people without tattoos become Muslims?,” katanya.

Menerusi video berdurasi 20 saat itu, Ibu kepada seorang cahaya mata ini hanya menunjukkan wajahnya yang suram dan berdiam diri dengan tanggapan segelintir masyarakat terhadapnya.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Maryam tampil memberikan pelbagai respons termasuklah memberikan kata-kata semangat dan meminta agar dia tidak mengambil peduli terhadap komne-komn negatif yang diberikan.

“Takpe kak, itu dulu. Sekarang kita fokus untuk terus ke depan. Buat tak tahu saja okay.

“Saya juga seorang muallaf dans aya ada tatu dibahagian kaki. Alhamdulillah suami saya sedar dan faham. Tak payah buang kalau ia menyakitkan.

“Sabar ye Mariam. Allah sentiasa bersama kita. Kuatkan diri! tak wajib buang tatu. Nak buang boleh, Tak nak buang pun boleh jika memudaratkan,”komen netizen.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraik lebih 500,000 tontonan dan lebih 45,000 tanda suka.

Salma Syahbuddin