Nana Mahazan Ulas Tentang Self-Love & Self-Pity, Ramai Peminat Tersentuh – “Some People Want To Change Tapi…”

Penyanyi dan pengacara Nana Mahazan sekali lagi mencuri perhatian dalam kalangan warganet selepas dirinya berkongsi tentang self-love (sayangi diri) dan self-pity (kasihankan diri).

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Nana menerusi sebuah hantaran di Instagram, baru-baru ini.

Dalam perkongsian tersebut, Nana tampil menjelaskan perbezaan di antara self-love dan self pity selepas terbaca komen salah seorang peminatnya.

“Self love – move forward. Self pity – not moving. Self pity lah sebenarnya yang buat kita selalu sedih sebab kita sibuk pikir ‘dah lah.. kita tak layak.. kita tak boleh’ yes mungkin betul, tapi kita pilih utk self love dengan improve diri kita.

“Jadi mcm mana nak hilangkan self doubt? Banyakkan self love instead of self pity, aware kelemahan dan kelebihan kita dan berusaha improve kan diri kita. Hope this help.

“Because when you love yourself, you nak diri you baik lebih daripada semalam. Some people want to change tapi don’t want to take an action that is the difference,” katanya.

Menyedari perkara itu, perkongsian tersebut telah menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya di ruangan komen.

Malah, ada juga yang berterima kasih kepada penyanyi itu atas perkongsian yang memberikan motivasi kepada orang ramai.

ARTIKEL BERKAITAN: Nana Mahazan Kongsi Tips Kekal Bahagia – “Bapa Saya Selalu Ingatkan 3 Rules In Life Ni…”

Fatin Nurain