Natural Beauty! Sarat Hamil Anak Kedua, Kecantikan Farah Nabilah Dihujani Pujian

Setelah sekian lama menyepi dalam industri, pelakon jelita Farah Nabilah tampil mengumumkan dirinya kini sedang sarat hamil cahaya mata kedua.

Berita gembira tersebut telah dikongsikan oleh Farah menerusi sebuah hantaran di Instagram, minggu lalu.

Dalam perkongsian tersebut, Farah turut memaklumkan kini usia kandungannya sudah mencecah enam bulan.

“#bismillahimasyaallah. Chapter 2, InsyaAllah. #25weeks #6monthpregnancy,” tulisnya.

Terbaharu, Farah turut memuat naik videonya sedang bersolek di dalam kereta sekali gus menarik perhatian dalam kalangan pengikutnya.

“While waiting for my next appointment. A quick make up Sebab foundation pun malas pakai.. Saja je nak try the new eyeshadow palettes from #NarsMalaysia,” tulisnya.

Melihat kecantikan hasil solekan pelakon itu, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai pujian dalam kalangannya menerusi ruangan komen.

Malah, rata-rata peminatnya turut menyifatkan Farah mempunyai kecantikan yang semula jadi biarpun tanpa sebarang solekan.

Sebelum ini, Farah telah mendirikan rumah tangga bersama seorang juruterbang, Mohammed Amirul Yunus pada 20 Disember 2019.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Andre Omar, 3.

Fatin Nurain