Meriah! 2000 Penonton Cipta Kenangan Manis Di Konsert Pamungkas Live In Kuala Lumpur

Penyanyi dari Indonesia, Pamungkas menghiburkan lebih kurang 2000 penonton yang hadir ke Konsert Pamungkas Live In Kuala Lumpur di Zepp KL, semalam.

Konsert yang dibawakan oleh Shiraz Projects itu mempersembahkan 23 buah lagu termasuk lagu daripada album terbarunya, Birdy.

Antara lagu yang menjadi kegemaran penonton ialah Flying Solo, Risalah Hati, Kemarin, Jealousy, Monolog, One Only, To The Bone dan Kenangan Manis.

Pamungkas juga menghiburkan peminat dengan membawa lagu oleh kumpulan Dewa iaitu Pupus pada malam itu.

Meskipun berlaku masalah teknikal lebih kurang dalam 10 minit ketika konsert sudah berlangsung selama sejam, persembahan diteruskan lagi dengan penuh semangat dan sokongan daripada penonton.

Menurut Pamungkas, dia terharu dan tidak menyangka mendapat sokongan baik peminat daripada Malaysia.

“Saya sangat terharu dengan sokongan daripada peminat terutama sekali saya anak bongsu dan my whole life, jarang sekali dipuji.

“I came from a family where my parents usually challenge me rather than giving me compliments jadi ketika sudah raih populariti, berbeza sekali the culture,” ujarnya.

Disoal tentang kolaborasi dengan penyanyi di Malaysia, dia memilih untuk mengenali seseorang itu terlebih dahulu bagi mendapatkan ‘chemistry’ bersama.

“It could me anyone tapi akan cantik hasilnya kalau kita boleh duduk berborak dulu, we share the same value, the same lifestyle. Hasilnya akan berbeza kalau ia hanya sekadar bisnes.

“So far saya belum berjumpa dengan mana-mana penyanyi. Hopefully soon,” katanya semasa ditemui di sidang media Pamungkas Live In Kuala Lumpur di Zepp KL.

Foto kredit: Shiraz Projects

Maya Basir