“My Next Girlfriend Will Never Be An Artis, Pelakon!” – Sharnaaz Ahmad Mahu Wanita Biasa

Perkongsian terkini pelakon jejaka, Sharnaaz Ahmad mencuri perhatian ramai yang mengakui tidak mahu lagi bercinta dengan selebriti.

Sharnaaz memaklumkan perkara berkenaan menerusi hantaran di Instagram Story (IGs) sebentar tadi.

Bukan itu sahaja, bapa anak satu ini turut berkata dia mengimpikan seorang wanita biasa sahaja.

“My next girlfriend will never be an artis, pelakon. Full stop.

“Biaq yang sedang sedang sudah. Salam Jumaat,” tulisnya.

Berdasarkan hantaran IGs yang lain, Sharnaaz menukar panggilan kekasih hati atau ‘girlfriend’ itu kepada isteri.

“Macamlah orang nak kat aku sibatt haha. Ok lah next wife.. haa sedap sikit dengaq..” katanya.


Sebelum ini, Sharnaaz dikhabarkan mempunyai hubungan bersama seorang wanita,namun memilih untuk tidak bercerita lebih lanjut secara terbuka.

Terdahulu, Sharnaaz dan kakak kepada Neelofa iaitu Noor Nabila pernah mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 namun berpisah pada 9 Julai 2020.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.

Aqilah Paharuzi