Hiburan By: Del14 January 26, 2020 @ 3:00pm

“Kalau Ayah Ada…” – Zain Saidin Sebak Nikahkan Sasha

Pelakon, Zain Saidin mengakui berasa sebak apabila memikul tanggungjawab sebagai wali semasa pernikahan kakaknya, pelakon dan penyanyi kumpulan Elite, Sasha Saidin pada 20 Januari lalu.

“Saya cuma melaksanakan tanggungjawab.  Saya anggap diri ini mewakili arwah ayah.  Saya dapat rasa, kalau ayah ada, dia akan melakukannya. 

“Saya sebak kerana tidak dapat melihat arwah ayah melakukan tanggungjawab itu. Saya bangga dapat melakukannya demi kakak tersayang,” katanya kepada BH Online. 

Zain menikahkan pasangan mempelai di hadapan ahli keluarga dan kawan rapat di The Sanctuary, pada jam 9.28 malam. 

Sasha yang mengakhiri status ibu tunggal selepas 8 tahun bersendiri mengahwini Sirhan Wahab yang merupakan duda yang mempunyai dua orang anak melalui perkahwinan terdahulu. 

Namun demikian, netizen telah membuat andaian yang Zain berkahwin buat kali kedua setelah melihat foto Zain ketika sedang bertugas menjadi wali bagi kakaknya. 

“Saya dan isteri hanya tergelak membaca komen kononnya saya mahu berkahwin lagi.  Tak tahu nak komen apa…Takkanlah saya nak nikah lagi. 

“Cukup satu isteri dan saya bahagia bersama Che Ta dengan kehidupan kami…Alhamdulillah,” kata suami kepada pelakon jelita Rozita Che Wan ini. 

Terkini, Zain sedang sibuk menguruskan perniagaan Restoran Mmmbaek di Gombak. 

Sumber: BH Online

Kredit Foto: Instagram @rozitachewan1

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 16 Oct 2019
Hiburan Tue, 2 Jan 2024
Hiburan Tue, 18 Dec 2018

Elly Mazlein Sudah Dilamar?

Laman Instagram Elly turut dipenuhi dengan ucapan hari jadi daripada peminat yang gembira dan berharap idola ramai ini segera naik pelamin.

Kisah Viral Wed, 6 Mar 2024
Hiburan Mon, 8 Apr 2019

Tarian Tak Senonoh Di Majlis Kahwin Anak, Normah Tak Mahu Komen

Gara-gara sebuah video yang memaparkan persembahan penari lelaki menyerupai wanita di perkahwinan pelakon Ahya Rosli baru-baru ini, ibunya Normah Damanhuri enggan mengulas lanjut mengenai hal ini. Video yang dimuatnaik oleh kakak pengantin, Liana Rosli mula […]