Kisah Viral By: Khairil Khusyairi March 6, 2024 @ 10:54am

Kes Pecah Rumah Larikan RM3.5 Juta Milik Usahawan & Influencer Wanita, Polis Ambil Keterangan Keluarga

Seorang ahli perniagaan wanita dan keluarganya kerugian kira-kira RM3.5 juta selepas kediaman mereka di Padang Balang, Sentul, dipecah masuk, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, berkata mangsa dan keluarga dikatakan tidak berada di rumah itu ketika kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 10 malam tadi, sebelum pihaknya menerima laporan berhubung insiden berkenaan, pada Selasa.

“Hasil pemeriksaan mendapati sebuah peti besi yang mengandungi jongkong emas dan wang tunai bernilai kira-kira RM3 juta telah dilarikan penjenayah.

“Selain itu, beberapa beg tangan berjenama serta barangan kemas milik ahli keluarga mangsa turut dilarikan. Jumlah keseluruhan kerugian dialami mangsa berusia 43 tahun itu dianggarkan kira-kira RM3.5 juta.

“Satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan, dan kes masih dalam siasatan polis,” katanya dalam satu kenyataan.

Malah suspek juga dipercayai merosakkan kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di rumah berkenaan.

Terbaharu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya sudah mengambil keterangan ahli perniagaan berkenaan bagi membantu siasatan.

“Kes masih baru lagi, kita akan meneruskan siasatan dari pelbagai sudut untuk dapatkan siapa yang terlibat.

“Apa-apa sahaja kemungkinan kita akan siasat sama ada (penglibatan) orang dalam, orang luar. Bagi polis masa jalankan siasatan.

“Keterangan ahli keluarga akan diambil nanti. Kita berikan mereka tempoh bertenang seketika, perkembangan terkini berhubung kejadian akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan, seorang usahawan wanita kerugian RM3.5 juta selepas peti besi yang mengandungi jongkong emas dan wang tunai dilarikan dalam kejadian di Padang Balang, Sentul di sini.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 30 Dec 2018

Siapa Bakal Bergelar Juara Mentor 7 Malam Ini?

Selepas lapan minggu bersiaran, ternyata empat protege ini antara nama yang disebut sejak awal lagi akan mara ke final.

Hiburan Fri, 30 Aug 2019

Erra Fazira Kongsi Pengalaman Di Tanah Suci

Saya nampak awan hitam berarak sebelum hujan turun dengan sangat lebat…

LIFESTYLE Tue, 9 Apr 2019

Experienced Somatic Coach René Roseburg to Help Enlighten The Sanchaya Guests

The Sanchaya invites guests to find their way in spirit and in life.

Hiburan Wed, 11 Sep 2019

“Dia Minta Kami Ketepi Telefon Bimbit”- Farah Nabilah Teruja Jumpa Idola!

Siapa pun mesti terujalah kalau bertentang mata dengan idola, betul tak?

Hiburan Thu, 16 May 2019

‘Doa Yang Baik-Baik’- Ezlynn Dah Jumpa Pengganti?

Doa yang baik-baik untuk Ezlynn, mana tahu jodoh sampai lepas Raya ni ke?

Featured Thu, 18 Aug 2022
Featured Thu, 16 Dec 2021