Hiburan By: SGMS Faida May 16, 2019 @ 10:22am

‘Doa Yang Baik-Baik’- Ezlynn Dah Jumpa Pengganti?

Selepas bercerai pada Oktober 2017, penyanyi Ezlynn mengaku kini berkawan rapat dengan seorang jejaka Cina.

Tidak mahu mengulas lanjut mengenai jejaka itu, Ezlynn atau nama sebenarnya tidak mahu terburu-buru untuk membina rumah tangga kali kedua.

“ Kami masih berkawan rapat cuma perbezaan agama membuatkan saya tidak menaruh harapan yang tinggi dalam hal ini. Kalau boleh saya memang mahu berkahwin cepat tetapi dalam hal ini banyak hati perlu dijaga.

“ Lebih-lebih lagi bila melibatkan perbezaan agama. Saya juga tidak mahu memaksa si dia memeluk Islam kerana saya tetapi biarlah perasaan cintakan Islam itu mendahului segalanya. Doa yang baik-baik,” katanya kepada XTRA.

Ezlynn ketika ditemui di majlis pelancaran muzik video Seloka Raya anjuran Warner Music baru-baru ini mengaku banyak belajar dari perkahwinan terdahulu.

“ Jika ditakdirkan saya berkahwin sekali lagi, saya tidak akan benarkan suami memegang duit simpanan. Cukuplah apa yang berlaku dulu sehingga saya tertanya mana pergi duit hasil kerja saya selama 11 tahun.

“ Saya juga harap bakal suami faham dengan kerjaya sebagai penyanyi dan menerima saya seadanya,” katanya.

Ezlynn dan Adam Fahmy Shamsudin berkahwin pada 20 November 2011 dan tidak dikurniakan cahaya mata.

Pasangan ini bercerai selepas enam tahun berkahwin atas alasan tiada lagi persefahaman dan kasih sayang dalam rumah tangga.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 24 May 2018

Syed Saddiq Harap Anggota Kerajaan PH Isytihar Harta

Sebelum ini pengisytiharan aset hanya terhad kepada Perdana Menteri tetapi terdapat pertindihan kepentingan

Hiburan Fri, 22 Mar 2019

Fify Azmi Terkejut Dituduh Punca Rashidi-Vanidah Bercerai

Ketika saya dan abang Shidi menjalani penggambaran klip video produk berkenaan, mereka sudah bercerai…

Featured Tue, 28 Mar 2023

[VIDEO] Aedy Ashraf Kata Amelia Henderson Garang, Ini Reaksi Tuan Badan

Malu malu nampakk Aedy ni bila sebut pasal Amelia hehehe🤩😌

Contest Wed, 14 Aug 2019

Peminat #ICSYVMY, Jangan Lupa Hantar Penyertaan Korang Dan Menang Wang Tunai RM2K!

Jangan lupa sertai peraduan di www. xtra.com.my/mentormilenia