Hiburan By: SGMS Faida May 24, 2018 @ 6:52pm

Syed Saddiq Harap Anggota Kerajaan PH Isytihar Harta

Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq menyokong penuh dan berharap kerajaan dapat melaksanakan pengisytiharan harta Menteri, Timbalan Menteri dan semua Ahli Parlimen dalam Pakatan Harapan (PH).

Ini dilihat sebagai langkah tepat bagi mengelakkan pemimpin sedia ada terbabit dalam rasuah dan salah guna kuasa.

“ Kerajaan PH sudah berjanji untuk isytihar harta dan ia juga sama dengan saranan yang diberikan oleh Pengerusi Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Akhbar Satar.

“Sebelum ini pengisytiharan aset hanya terhad kepada Perdana Menteri tetapi terdapat pertindihan kepentingan.

“Sebaliknya, kita perlu isytihar kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terus dan agensi itu akan maklumkan kepada Parlimen.

“Saya sendiri, jadi atau tidak dilantik sebagai timbalan (menteri) atau apa jawatan sekali pun akan tetap akan mengisytiharkan harta kerana sebagai Ahli Parlimen Muar, saya rasakan ia adalah satu tanggungjawab,” katanya kepada NSTP, hari ini.

Syed Saddiq mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Putrajaya, hari ini, bahawa Menteri, Timbalan Menteri dan Ahli Parlimen PH akan membuat pengisytiharan harta masing-masing.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 18 Oct 2022
Selebriti Wed, 12 Jul 2023
Hiburan Tue, 6 Aug 2019

Elak Cinta Lokasi, Ini ‘Strategi’ Shukri Yahaya!

Saya tahu had saya sebagai suami dan bapa…terbaiklah!

#tilljannah Wed, 11 Jan 2023

Kongsi Video Sempena Ulang Tahun Kelahiran Suami, Mawar Rashid Sebak – “Banyak Ups & Down Kita Lalui Sama-Sama…”

Baru-baru ini, pelakon Mawar Rashid berkongsi video sempena ulang tahun kelahiran suaminya, Raden Ahmad Faizal Yaakob atau lebih mesra dipanggil Raf di laman Instagram. Menerusi hantaran tersebut, Mawar sebak apabila menyunting video tersebut memandangkan terlalu […]

Hiburan Sun, 30 Apr 2023