Hiburan By: Fatin Nurain October 16, 2023 @ 4:10pm

Tidak Pernah Terfikir Untuk Kembali ‘Free Hair’, Sharifah Rose Mohon Doa Agar Kekal Istiqamah

Pelakon dan pempengaruh Sharifah Rose mengakui dirinya belum cukup sempurna lagi berhijab dan tidak mudah untuk kekal istiqamah apabila menceburi bidang fesyen dan hiburan.

Namun, Rose atau nama penuhnya Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira memohon agar orang ramai mendoakannya supaya terus istiqamah.

“Saya belum sempurna lagi pakai tudung dan doakan iman saya kuat untuk terus kekal istiqamah berhijab.

“Ia memang cabaran bagi setiap selebriti untuk terus kekal istiqamah berhijab dan kita juga perlu perlu kuat pendirian serta berada dalam persekitaran orang yang baik-baik juga,” katanya.

Memetik laporan Harian Metro, Rose menyatakan dia tidak pernah terfikir untuk kembali ‘free hair’ memandangkan dirinya sudah bertudung sejak 15 tahun.

“Saya tidak pernah terfikir untuk buka tudung kerana sudah memakainya dari zaman persekolahan sehinggalah terbabit dalam dunia ‘modelling’ dan lakonan.

“Pada masa sama, saya sentiasa ingat pesanan emak supaya terus kekal pakai tudung sampai bila-bila pun walaupun kita belum sempurna lagi menutup aurat,” katanya.

Enggan menilai sikap sesetengah artis wanita yang kembali ‘free hair’, Rose menyifatkan hijab ini adalah sesuatu perkara yang peribadi buat seseorang individu.

“Berhijab ini sebenarnya adalah urusan peribadi kita dengan Allah S.W.T.

“Pada pandangan saya, tidak semestinya mereka yang tidak berhijab itu tidak baik dan saya juga tidak mahu tanggung dosa orang lain dengan menilai mereka pula.

“Setiap kali nampak rakan artis buka hijab, saya sentiasa berdoa dalam hati semoga terus ditingkatkan lagi iman,” jelasnya.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 24 Aug 2022
Hiburan Fri, 8 Feb 2019

12 Hari Di ICU, Mamat Khalid Mula Buka Mata Buat Kali Pertama

Semoga abang Mamat Khalid sembuh seperti sedia kala

Featured Sat, 18 Jun 2022
Hiburan Tue, 17 Jul 2018

Kahwin Dengan Zara Zya? Tak Mungkin Tahun Ini

Saya tak pernah nampak sisi sebegitu pada dirinya. Saya tak pernah bertanyakan hal ini pada dia kerana jika soalan begitu diajukan, bermakna saya percaya orang luar berbanding kekasih sendiri.

Hiburan Thu, 28 Nov 2019

Kayda Kongsi Pesanan Untuk Kaum Hawa Dalam ‘Macam Macam’

Buat penggemar lagu hip hop di luar sana, semoga terhibur!

Featured Thu, 3 Nov 2022

“Sold Out Within 24 Hours!” – Ticket Konsert Lah Ahmad Bagai Pisang Goreng Panas

Tiket konsert 25 Years Lah Ahmad Live In Concert yang akan diadakan di Stage 1 Theatre, PJPAC 1 Utama, Petaling Jaya pada 28 Januari habis dijual dalam tempoh kurang 24 jam. Berita gembira itu dikongsikan […]