Featured By: Maya Basir October 18, 2022 @ 5:04pm

[VIDEO] Atikah Suhaime Pelik Ditegur Masih Muda – “Kena Nampak Makcik-Makcik Ke?”

Pelakon Atikah Suhaime berasa pelik kerana ditegur wajahnya kelihatan masih muda.

Menerusi perkongsiannya di TikTok, dia menegaskan bahawa dia kelihatan muda disebabkan usianya baru saja 31 tahun dan bukannya 50 tahun.

“Kadang-kadang saya pelik tau bila orang jumpa saya, mereka cakap ‘Oh my god, Atikah you still look young’. Lepas itu saya macam pelik, saya umur 31 tau, bukan 50.

“Apa kalau umur 31 tu awak kena nampak macam makcik-makcik ke macam mana? Mestilah saya nampak muda! Sebab 31 tu muda! Bukan tua,” ujarnya.

@atikahsuhaimeeee Shoutout to 30yr old ladies out there. 😂😂 30 masih muda okayyyy bukan tua. 😤 #fyp #tiktokmalaysia #singaporetiktok #singaporetrending ♬ original sound – atikahsuhaimeeee

Meninjau diruangan komen, rata-rata netizen mengatakan dirinya seperti masih diusia remaja dan dia sepatutnya melihat perkara itu sebagai satu pujian.

“I rasa that’s a complient that you looks younger than your age kot?

“Wehhhh naaa 31, serius nampak macam 18, 19 siak.

“31?! I ingat 20 something.

“Jangan lah marah tikah. Dorang maksudkan tu you nampak macam 20 la tu,” komen netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 17 Aug 2022
Featured Tue, 16 Aug 2022
Hiburan Thu, 8 Aug 2019
Hiburan Tue, 24 Dec 2019

Empat Hari Tayang, Lebih Sejuta Tonton MV ‘Sakit’

Saya tak harap sampai ke peringkat Anugerah Juara Lagu, sebab sedar kemampuan.

Hiburan Thu, 3 May 2018

“We Made It To Kuala Lumpur” – Dua Lipa Akhirnya Teruja

Teruja!  Ini mungkin antara perasaan peminat-peminat beliau pada ketika ini terhadap penyanyi yang mula menempa nama di pentas antarabangsa melalui lagu New Rules nya. Dua Lipa yang kini berada di Malaysia sempena konsert jelajahnya hari ini […]