Hiburan By: Padin February 6, 2023 @ 9:54am

Famili Duo: Buat Kejutan, Zaki Yamani & Yamani Abdillah Jadi Juara Dengan 81.4% Markah! Jom Semak Markah Penuh & Kedudukan Finalis Di Konsert Akhir

Tampil membuat kejutan, duo adik beradik, Zaki Yamani dan Yamani Abdillah dinobatkan sebagai juara program Famili Duo musim kedua.

Anak-anak kepada penyanyi otai Datuk Jamal Abdillah ini mendahului dengan kutipan markah sebanyak 81.4 peratus.

@xtra_my Mummy happy tau performance duo beradik ni😍 siap suruh salam dengan babah Datuk Jamal Abdillah tau🥳 Strim LIVE HD di Tonton dan Saksikan #FamiliDuoTV3 setiap Ahad jam 9.00 malam di TV3! #xtramy #familiduotv3 #yamaniabdillah #zakiabdillah ♬ original sound – XTRA

Zaki dan Yamani menyampaikan lagu Potret dan Pelukan Angkasa di segmen Anugerah Juara Lagu (AJL) bersama medley Bunga, Hutang dan Kau Pun Sama di segmen bebas bersama berjaya menumpaskan tiga pasangan duo lain dan berjaya membawa pulang hadiah bernilai RM100,000.

@xtra_my Fuh! Vokal duo beradik ni Dah macam level AJL woo 🤩 Adakah Ayda & Fyna bakal juara malam ini? 😋 Strim LIVE HD di Tonton dan Saksikan #FamiliDuoTV3 setiap Ahad jam 9.00 malam di TV3! #xtramy #familiduotv3 #aydajebat #fynajebat ♬ original sound – XTRA

Berpuas hati di tempat kedua, Ayda Jebat dan Fyna Jebat yang membawakan lagu Pada Syurga di Wajahmu di segmen AJL dan medley lagu Gangnam Style dan Let’s Get Loud di segmen bebas meraih 78.7 peratus mata dan berjaya membawa pulang RM20,000.

@xtra_my Persembahan kedua dari Wani & Bella untuk malamni.. Meriah 1 studio dengan persembahan duopupu ni🥳 Mantap bah kau mandak 🤟🏼🤣 Strim LIVE HD di Tonton dan Saksikan #FamiliDuoTV3 setiap Ahad jam 9.00 malam di TV3! #xtramy #familiduotv3 #wanykayrie #bellaastillah ♬ original sound – XTRA

Tampil unik dengan lagu Let It Go di segmen bebas dan medley Gila dan Laguku Untukmu di segmen AJL, duo sepupu Wani Kayrie dan Bella Astillah berjaya meraih tempat ketiga dengan kutipan mata sebanyak 76.6 peratus serta membawa pulang wang tunai RM15,000.

@xtra_my Min suka tau dengan konsep persembahan sissy & naim malamni😍 Rasa macam ada kat mexico pulak😝 Strim LIVE HD di Tonton dan Saksikan #FamiliDuoTV3 setiap Ahad jam 9.00 malam di TV3! #xtramy #familiduotv3 #sissyiman #naimdaniel ♬ original sound – XTRA

Dengan markah sebanyak 63.3 peratus, Naim Daniel dan Sissy Imann meraih tempat keempat. Mereka yang membawakan lagu Kau Yang Punya di segmen bebas dan Sumpah di segmen AJL membawa pulang hadiah bernilai RM10,000.

Berikut merupakan kedudukan dan markah penuh finalis Famili Duo:

  1. Zaki Yamani & Yamani Abdillah 81.4%

  2. Ayda Jebat & Fyna Jebat 78.7%

  3. Bella Astillah & Wani Kayrie 76.6%

  4. Sissy Imann & Naim Daniel 63.3%

Seperti minggu sebelumnya, markah finalis Famili Duo dinilai sebanyak 80 peratus oleh juri tetap, Ajai dan Mas Idayu serta 20 peratus undian atas talian oleh penonton.

Dihoskan oleh Janna Nick dan Sean Lee, Famili Duo bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Famili Duo disiarkan setiap Ahad, pukul 9.00 malam di TV3.

Famili Duo juga dapat ditonton di laman portal video rasmi tonton secara definisi tinggi di www.tonton.com.my.

Gunakan tanda pagar #FamiliDuoTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 29 Jul 2018

Rita Rudaini Terima Ajakan Keluar Dengan Lelaki Muda

Ramai lelaki muda yang menghantar mesej ajak keluar dan ada yang ingin melamar saya sebagai pasangan hidup

Events Wed, 5 Dec 2018

Bukan Masa Nak Tunjuk Hebat, May Tukar Strategi?

Apapun, kumpulan May memang antara lagenda masih berbisa!

Hiburan Mon, 10 Sep 2018

Memang WOW! Mark Adam Sebut Nama Artis Wanita Popular Dalam Lagu Barunya

Kemunculan penyanyi Mark Adam di Majlis Penghargaan Stokis & Agen Bee Factory sememangnya menarik perhatian tetamu yang hadir. Dengan gaya bersahaja, Mark menyampaikan lagu terbarunya berjudul Amnesia. “ Amnesia bermaksud lupa atau hilang ingatan. Dalam lagu

Trending Wed, 26 Aug 2020
Featured Fri, 25 Feb 2022
Hiburan Thu, 30 Jan 2020

Mulianya! ARMY Sumbang Puluhan Ribu Kepada Pertubuhan Amal

Penangan BTS memang power. Teruskan Army!

Trending Mon, 22 Oct 2018

Al- Fatihah…Chef Boe Sudah Tiada

Bagi penggemar hidangan barat Station 21 Sizzling Steak Bangsar, berita ini mungkin mengejutkan anda!

| Live TV