Hiburan By: Fatin Nurain March 25, 2024 @ 2:11pm

Emma Maembong Pernah Nak Berhenti Berlakon Sebab Tak Reti Membaca

“Saya taknak jadi pelakon dah sebab rasa susah bila tak pandai membaca,” kata pelakon Emma Maembong yang mendedahkan dirinya seorang yang buta huruf ketika mula menceburi industri lakonan tanah air.

Menurut Fatimah Rohani Ismail atau Emma, ketika mula-mula menceburi bidang lakonan dia telah dibantu oleh rakan baiknya untuk membacakan skrip drama lakonannya.

“Masa umur 19 tahun, saya tak reti membaca. Jadi masa tu susah sangat saya nak baca skrip. Saya buka buku skrip tu baca macam merangkak.

“Sampailah ketika itu saya bertemu dengan kawan baik saya, dia bacakan skrip saya ingat. Saya memang tak reti membaca dulu.

“Banyak laa kalau nak cerita kenapa saya tak boleh membaca. Jadi saya cuba berlakon. Drama pertama saya Kau Yang Terindah.

“Lepas saya berlakon cerita tu saya terus dapat offer berlakon Cinta Itu Milik Aku. Masa saya mula-mula berlakon tu saya sumpah taknak jadi pelakon dah,” katanya.

Meskipun sedar dirinya tidak mempunyai latar belakang sebagai seorang pelakon, Emma tetap tidak berputus asa meneruskan kerjayanya.

Malah, Emma juga mengakui dia tidak pernah malu untuk bertanya dan terus belajar membaca bersama orang sekelilingnya.

“Dari drama itu saya banyak belajar. Dulu saya malu sangat sebab saya tak reti membaca. Bila tak ada orang yang nak bacakan untuk kita apa yang kita cuba baca dan cuba nak hafal pun tersekat-sekat.

“Satu hari saya pergi ke 7 eleven nampak ada komik. Saya rasa macam seronok sebab kalau tak faham boleh tengok gambar. Lepas tu saya banyak membaca.

”Saya juga tak malu nak tanya orang macam mana nak membaca dan mengeja sesetengah perkataan sampailah saya boleh membaca,” jelasnya.

@wanitamatahari Replying to @Ain Kedai Online hi awak, awak tengok & dengar penjelasan Emma. Nanti terjawab persoalannya. Dari tak pandai membaca hingga boleh dah membaca 🥰🤩🩷 kata orang, usaha tangga kejayaan kan 😘 #foryou #foryoupage #fyp #wanita #nakraya #alhamdulillah #emmamaembong @emma maembong ♬ original sound – Milah & Bunga

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 28 Aug 2020
Trending Tue, 16 Jun 2020

MAIWP Beri Insentif Buat Rakyat Hilang Pekerjaan

InshaaAllah semoga dengan bantuan ini dapat melegakan keresahan mereka..

Hiburan Thu, 26 Sep 2019

Wann Rindu Masuk Studio

Tiada siapa yang boleh lawan suara ‘seksi’ Wann setakat ini, betul tak?

Hiburan Tue, 12 Feb 2019

Suara Dikritik Macam Tercekik Sudu, Ezuwan Ismail Terasa Hati?

Betulke Ezuwan sentap dengan kenyataan seorang pelakon terkenal sebelum ini?

Hiburan Fri, 9 Dec 2022

Lucu! Sebelum Ni Rebut Nak Cium, Kini Aiman Hakim & Anak Rebut Nak Pegang Tangan Zahirah Macwilson

Sebelum ini, aktres Zahirah Macwilson pernah memuat naik perkongsian di laman TikTok yang memaparkan suaminya, pelakon Aiman Hakim Ridza dan anak mereka, Isaac Raees berebut untuk mengucup pipinya. Artikel Berkaitan: Comelnya Gelagat Aiman Hakim & Anak […]

Events Fri, 24 Jun 2022

Sering Dikenenkan, Erra Fazira Akui Masih Solo Tapi…

Erra cakap buat masa sekarang dia tengah semak banyak ‘borang’ 🫣

Hiburan Tue, 17 Jul 2018

Kontroversi Melibatkan Hubungan Lesbian, Reen Rahim Akui Sedang Hangat Bercinta

Sebelum ini ramai kata saya lesbian kerana mempunyai ramai kawan wanita ataupun rapat dengan sesama jenis. Jadi saya mahu jelaskan bahawa ia tidak betul